Monday, March 30, 2009

TAHNIAAH!!! YB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN


Akm...
Tak dapat hendak di gambarkan perasaan apabila mendapat tahu bahawa YB Tan Sri dapat menduduki kerusi Timbalan Presiden Umno...pelbagai perasaan yang datang..gembira, sedih,bangga, terharu, bimbang dsbg.

GEMBIRA..Sebagai orang Pagoh penat lelah selama ini telah terbalas. Kerja keras semua pihak di semua pelosok bahagian... dari Maokil, Bkt. Serampang, Sri Ledang, Bkt Kepong, Kg. Tui, Gersik, Jorak, Pagoh dll tidak sia-sia..

SEDIH..Dengan jawatan yang lebih penting..sudah pasti kebanyakkan masa YB Tan Sri akan lebih banyak diruangkan bagi mentadbir negara. maka dengan itu sudah pasti kekerapan untuk bertemu YB Tan Sri adalah amat terhad. Namun kami amat memahami betapa sibuknya YB Tan Sri pada masa mendatang. Insyaalah kami akan membantu di peringkat akar umbi.

BANGGA..Siapa tidak bangga kalau pemimpin yang disanjung menduduki antara tempat teratas dalam organisasi bukan sahaja di dalam parti bahkan juga dalam kerajaan. Rasa-rasanya bukan sahaja ahli umno bahkan seluruh warga parlimen Pagoh khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya berbangga dengan pencapaian YB Tan Sri.

TERHARU..Dengan sikap yang bersahaja, tenang, sabar dan berani YB Tan Sri sentiasa bertindak mendahulukan kepentingan parti. Meskipun kenyataan beliau sebelum ini menyebabkan ramai yang tersinggung tetapi beliau sanggup hilang populariti diri demi kekuatan parti. Alhamdulillah segala keikhlasan selama ini dapat dilihat oleh semua.

BIMBANG..Takut apa yang diaspirasikan oleh beliau tidak dapat diterjemahkan oleh ahli-ahli umno..terutamanya pembahruan dan mesej meremajakan umno bagi meraih sokongan orang-orang muda..Pastikan orang-orang yang disekeliling tidak menjadi 'kaduk naik junjung'..Setiap tindakan terutamanya Para pegawai & AJK UMNO Bahagian Pagoh, serta semua sayap UMNO bahagian Pagoh akan diperhatikan & menjadi kayu pengukur kejayaan aspirasi YB Tan Sri seperti yang dikatakan.

Justeru keutamaan sekarang ini ialah berkhidmat dengan ikhlas dan mesra terutamanya layanan kepada orang-orang muda bagi meraih kepercayaan dan sokongan mereka kepada UMNO. PASTIKAN!!! jangan ada 'KADUK NAIK JUNJUNG'.



SYABASSS....

YB TAN SRI MUHYIDDIN BIN MOHD YASSIN

TIMBALAN PRESIDEN UMNO

KJ KP BARU


Tahniah Sdr. 
Khairy Jamaluddin atas  kemenangan menjadi KP yang baru. Keputusan ini sekaligus meneruskan tradisi seorang Naib Ketua mengambil alih jawatan Ketua Pemuda Umno. Syabas juga diucapkan kepada semua Perwakilan Pemuda yang telah membuat keputusan yang bijak, matang dan berani . Ini merupakan satu tanggungjawab yang besar untuk Khairy Jamaluddin apabila memikul jawatan yang begitu 'panas' & mencabar. Namun saya penuh yakin dengan kepimpinan beliau yang semakin matang mampu berdepan dan mengatasi  pelbagai isu,persepsi dan fitnah yang  dilemparkan oleh pemimpin pembangkang.
Dalam ucapan penggulungan tempoh hari, Khairy berazam mewujudkan barisan Pemuda yang berani menuntut perubahan dan semangat setiakawan. Saya rasa terharu apabila beliau mengakui kemenangannya bukan majoriti dan menjadi tanggungjawab beliau untuk merapatkan setiakawan dalam pemuda dan menjadikan  pemuda berani dan berani berubah. Bagi kami selagi seseorang pemimpin itu berpegang kepada matlamat perjuangan, dapat memenuhi aspirasi ahli, menjunjung hukum Allah & Rasul dan berperibadi mulia maka sudah pasti sokongan yang tidak berbelah bagi akan kami berikan. Tahniah KJ.

ALLAHUAKBAR!!! 3x
SETIAKAWAN
PEMUDA BERANI
BERANI BERUBAH



Tuesday, March 17, 2009

LEMBAGA DISIPLIN UMNO

Akm..

Mungkin semua telah mengetahui dan sedia maklum berkenaan keputusan lembaga disiplin umno. Cuma kawan nak minta agar semua pihak menerima keputusan dan bertindak secara rasional. Fikirkan tentang perjuangan dan matlamat sebenar kita sebagai ahli umno. Jangan biarkan perasaan dan emosi menguasai diri. Mari kita perkukuhkan ukhwah dan ketepikan semangat assabiyah kenegerian. Perkukuhkan jati diri matlamat perjuangan, jangan sampai ada 'pihak' yang menangguk di air keruh. Semua kita adalah bersaudara..ISLAM..MELAYU..UMNO...jangan kita jadi seperti Pak Kaduk menang sorak kampung tergadai..Kita tak mampu lagi untuk bertelagah kerana ada pihak yang sentiasa menunggu untuk
menjatuhkan kita..
merampas hak kita..
memalukan kita..
menjatuhkan raja-raja kita..
merendahkan agama kita..
melaga-lagakan kita..
dan yang utama menimbulkan kemarahan kitaaa...
Apabila marah akal akan menjadi singkat dan menghasilkan keputusan yang terburu-buru..
FIKIRKANNLAHHH..

HIDUP ISLAM..
HIDUP MELAYU..
HIDUP UMNO..

SUKAN UNTUK SEMUA

Assalamualaikum..

Tahniah diucapkan kepada semua Pegawai & Ahli Jawatankuasa Pemuda Bahagian Pagoh di atas kejayaan menganjurkan Program Gerak Mesra Rakyat yang berteraskan sukan sebagai medium untuk tujuan tersebut. Program ini juga tidak akan meriah tanpa penglibatan pergerakan puteri dengan menganjurkan pelbagai acara antaranya pertandingan bola jaring, sukan rakyat, karaoke dan sebagainya. Semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Terima kasih tidak terhingga atas sokongan dan kehadiran YB Tn.Hj Tahir bin Taat dan YB Dr.Sahruddin bin Md.Salleh bagi memeriahkan program.