Monday, January 25, 2010

ZAID IBRAHIM VS ZULKIFLI NORDIN

Kelakar bila membaca kenyataan ahli MPT PKR Datuk Zaid Ibrahim yang menyokong tindakan disiplin ke atas YB Zulkifli Nordin kerana didakwa sering membuat tindakan yang melampau. "Saya harap parti lebih serius kali ini untuk mengambil tindakan terhadap Zulkifli. Kita tidak boleh terima wakil rakyat yang macam ini, sering membuat tindakan yang merugikan parti dan mengelirukan orang islam dan bukan Islam."(HarakahDaily/Hazayani zakaria 25 Jan/). Memang kelakar..sedang jika hendak dibandingkan Zaid dengan Zulkifli mungkin karektor yang dimainkan adalah sama seperti ketika Zaid berada dalam UMNO dahulu. Zaid seperti mana yang diketahui semasa dalam UMNO dahulu juga sering menimbulkan kontroversi dan membuat tindakan yang merugikan parti bak kata orang 'seperti menanggung biawak hidup'. Namun pujian perlu diberikan kepada Zulkifli yang bertindak benar-benar sebagai wakil rakyat kerana berani memperjuangkan sesuatu yang bersifat umum dan menyeluruh meskipun tindakan tersebut tidak selari dengan dasar PKR. Manakala Zaid pula pernah bertindak seperti 'Robinhood' untuk membela hakim-hakim yang sudah kaya yang mengikutnya terinaya dengan mendapatkan ex-gratia daripada kerajaan. Berjuta wang rakyat dibelanjakan untuk itu yang sepatutnya boleh diberikan kepada ramai lagi orang-orang miskin dan memerlukan yang ada di Malaysia yang belum dapat pembelaan. Seperti mana yang kita sering sebut kebelakangan ini iaitu 'TAHAP TINGGI'...bagi Zaid kelihatannya semua orang tidak faham tentang undang-undang dan baginya undang-undang yang dia fahami boleh menyelesaikan segala masalah..tanpa berfikir dari sudut serta ilmu yang berbeza sama ada dari segi fiqh, usul fiqh, mantiq, akhlak, ilmu kalam, tasaawuf dan sebagainya.

PENYOKONG PAS BIADAP!

Seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Johor berasa amat sedih atas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar pada 22 Januari 2010 yang lalu. Bagi pihak seluruh warga Pemuda Pagoh mengucapkan takziah kepada Keluarga diraja Johor atas kehilangan tersebut. Namun dalam pada kita bersedih dan berkabung kita dikejutkan! oleh tulisan ADUKATARUNA dalam blognya yang amat mengguris hati kita sebagai rakyat Johor apatah lagi di pihak almarhum Sultan Iskandar. Tidak sanggup untuk kita membaca apatah lagi memetik tulisan tersebut untuk dipaparkan bagi menunjukkan betapa BIADAP & KURANG AJAR nya ADUKATARUNA. Apa yang paling mendukacitakan ialah ADUKATARUNA secara jelas menyatakan bahawa beliau adalah penyokong Pas, iaitu sebuah parti yang kononnya berteraskan Islam dalam perjuangannya justeru, adakah ini hasil didikan dan akhlak orang yang kononnya memperjuangkan Islam? Namun jika difikirkan adalah tidak pelik, sekiranya orang seperti ADUKATARUNA bersikap demikian mentelahan pemimpin mereka yang kononnya berstatus Tok Guru juga sering CELUPAR dan mengeluarkan kenyataan yang MENGELIRUKAN. Inilah menifestasi sebenar akhlak mereka yang hanya menggunakan Islam untuk survival politik murahan mereka. Umum mengetahui bahawa Rasulullah diutuskan bukan hanya untuk menyampaikan risalah iman tetapi berserta akhlak yang mulia. Sifat akhlak yang mulia inilah yang menjadi asas keimanan yang teguh dan dapat menarik ramai yang bukan Islam untuk memeluk Islam disebabkan keindahan akhlak serta pekerti mulia yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.
DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!

Thursday, January 21, 2010

MANA PKR & DAP!!!

Kita amat bersimpati apabila enam pelajar Sekolah Menengah Chun Ling didapati lemas selepas perahu naga yang dinaiki 17 orang termasuk guru tenggelam di perairan Lebuh Macalom. Namun situasi, senario dan tindakan terutama daripada pihak pembangkang berkaitan dengan kemalangan yang berlaku amat berbeza berbanding peranan yang mereka mainkan ketika kemalangan yang berlaku di Kuala Dipang tidak lama dahulu. Mereka menghasut ibu bapa agar menyaman kerajaan atas peristiwa yang berlaku. Tetapi mengapa tindakan seperti itu tidak diambil dalam kemalangan ini? Ini menunjukkan bahawa pihak pembangkang sememangnya melakukan tindakan tersebut semata-mata untuk meraih kepentingan politik bukannya ikhlas untuk membantu keluarga mangsa yang dalam kesedihan.

Saturday, January 9, 2010

ISU KALIMAH ALLAH: SEMUA PIHAK PERLU BERTENANG

Isu penggunaan nama Allah yang baru di putuskan oleh mahkamah mungkin telah menyebabkan sesetengah pihak rasa amat kecewa sehingga bertindak di luar batasan undang-undang sehingga membawa kepada peristiwa membakar gereja baru-baru ini. Pemuda pagoh meskipun tidak berasa gembira atas keputusan mahkamah tersebut menyatakan pendirian di sini bahawa tindakan merosakkan dan menceroboh tempat ibadat agama lain adalah merupakan suatu kesalahan di sisi agama Islam dan juga undang-undang negara. Pemuda Pagoh menyeru agar semua pihak bertenang dan mengawal perasaan serta meminta pihak-pihak yang berkenaan yang selama ini sengaja untuk menguji serta mencabar kesabaran umat Islam di negara ini menghentikan 'dakwah kotor' mereka. Namun begitu kita jangan lupa bahawa terdapat juga surau yang telah 'dicemari' dalam insiden baru-baru ini. Oleh itu jika insiden seperti ini tidak ditangani, kita percaya bahawa perkara yang lebih buruk boleh berlaku. Pihak yang menjadi punca kepada permasalahan ini perlulah bertanggungjawab sepenuhnya untuk meredakan keadaan yang berlaku sekarang. Pemuda Pagoh amat bersetuju dengan gesaan Dr. Mahathir supaya masyarakat Malaysia tidak dipaksa bersetuju dengan pandangan terbuka berhubung isu sensitif tertentu yang diterima dan diamalkan oleh beberapa negara maju. Kita telah pun muncul sebagai sebuah negara maju dalam acuan kita sendiri dan ini tidak bermakna kita perlu bersikap terlalu bebas sehingga menyamakan Allah kita dengan tuhan mereka.

Friday, January 1, 2010

PERUTUSAN KETUA PEMUDA PAGOH SEMPENA TAHUN BARU 2010

Akm buat sahabat-sahabat sekalian,
tahun 2009 telah melabuhkan tirainya dan meninggalkan kita yang sudah pasti tidak akan dapat diulang semula. Pepatah arab mengatakan bahawa masa itu umpama pedang, kiranya kita tidak mendahuluinya maka sudah pasti kita akan dipotong olehnya. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat di peringkat jawatankuasa Pemuda bahagian serta cawangan atas kerjasama mantap yang telah diberikan dalam setiap program yang diadakan sama ada program bahagian, pemuda, wanita, puteri mahupun juga diperingkat cawangan. Insyaalah pada tahun 2010 ini pelbagai program telah dirancang untuk dilaksanakan oleh biro-biro yang berkenaan. Dalam kesempatan ini juga saya ingin menyeru agar kita sentiasa memperkukuhkan ukhwah dikalangan kita kerana pada masa ini kita sering diasak oleh pihak-pihak tertentu yang sering mempertikaikan hak serta keistimewaan kita yang telah tercatat dalam perlembagaan, usahlah kita bergaduh sesama sendiri, fitnah memfitnah dan membawa perpecahan dikalangan ahli. Sekarang adalah masa untuk bekerja bukan masa berkempen untuk politik individu.
Sahabat-sahabt yang dikasihi sekalian,
kita juga amat memahami bahawa ekonomi negara masih lagi belum pulih dari kegawatan sepenuhnya justeru itu marilah kita sama-sama berjimat cermat dan merancang kewangan terutama kewangan keluarga dengan betul dengan mengelakkan pembaziran. Pemuda bahagian buat pengetahuan semua, tidak mempunyai dana yang cukup untuk membantu sahabat-sahabat di cawangan, tetapi akan sentiasa berusaha memenuhi permintaan yang sesuai untuk dilaksanakan diperingkat cawangan. Bagi peluang ekenomi pula pemuda bahagian sudah tentu tidak dapat untuk memberi pekerjaan kepada setiap ahli tetapi kami berjanji akan memberikan sebanyak mungkin maklumat yang diperlukan oleh ahli yang mana dengan maklumat tersebut sahabat-sahabat sekalian dapat menggunakannya untuk mempertingkat serta menambah ekonomi masing-masing.
Sahabat-sahabat sekalian,
Ingatlah bahawa antara perjuangan kita ialah untuk meletakkan Islam itu berada di tempat yang paling mulia. Oleh itu saya menyeru diri saya dan sahabat-sahabat sekalian marilah kita mengamalkan semula amalan-amalan yang mungkin telah kita ringankan sebelum ini terutamanya dalam ibadat-ibadat wajib seperti solat 5 waktu. Marilah kita memakmurkan semula masjid-masjid dan suaru yang telah lesu dengan selalu mengunjunginya serta melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan.
Dalam pendidikan kepada anak-anak pula, marilah kita memberi perhatian sepenuhnya terhadap pendidikan mereka. Marilah kita sama-sama membantu guru-guru di sekolah untuk menjadikan anak-anak kita manusia yang berjaya pada masa akan datang bukan sahaja di dunia malah juga di akhirat.
Sahabat-sahabat sekalian...
Sekarang adalah masa untuk bekerja. Dalam perhimpunan agung yang lalu Presiden parti telah menetapkan bahawa KPI kita adalah berdasarkan pertambahan ahli serta mendaftarkan pengundi muda. Sudahkah kita berusaha untuk mencapai KPI tersebut...Oleh itu kita perlu merangka perancangan yang rapi serta bertindak dengan cara yang berkesan untuk mencapai matlamat tersebut..akhir kalam saya selaku Ketua Pemuda ingin memohon kemaafan atas segala kekurangan dan kesalahan yang saya lakukan sama ada sengaja mahupun yang tidak disengajakan.
Sekian, wasalam.
HJ. ISMAIL BIN MOHAMAD
KETUA PEMUDA UMNO
BAHAGIAN PAGOH.

MENYAMBUT TAHUN BARU YANG MENYEDIHKAN

Akm buat saudara-saudara muslim sekalian selamat menyambut kedatangan tahun baru 2010 semoga semangat perjuangan untuk membela agama dan bangsa dapat kita teruskan dengan lebih baik lagi. Namun mood menyambut tahun baru terencat apabila keputusan mahkamah membenarkan pemakaian penggunaan perkataan ALLAH kepada pihak gereja katholik dan ini amat-amat mengguris perasaan kita sebagai umat Islam. Sekian lama kita merdeka dan Islam diiktiraf sebagai agama resmi negara dan agama lain bebas untuk mengamalkan agama mereka, rupa-rupanya inilah menifestasi kebebasan yang sesetengah pihak inginkan sehingga sanggup menggadai maruah Islam. Benarlah seperti yang disebut dalam al-Quran bahawa golongan yahudi dan nasrani akan sentiasa berusaha menarik kita untuk mengikut mereka dengan apa jua cara sekalipun. Kita perlu menegaskan bahawa hakim yang membuat keputusan ini mungkin terkhilaf dan kita perlu berusaha diperingkat perundangan dan mahkamah seterusnya untuk memastikan agar maruah Islam dapat dipertahankan. Keputusan mahkamah yang lalu juga di lihat memihak kepada kempen politik murahan DSA@PKR yang AMAT BERSETUJU bahawa perkataan ALLAH boleh digunakan oleh agama lain. Justeru semua orang yang MENYOKONG DAN BERSENGKOKOL DENGAN DSA@PKR ADALAH MERUPAKAN PENGKHIANAT ISLAM . Kita juga tertanya-tanya mana pula suara PAS yang kononnya parti yang berteraskan dan memperjuangkan Islam dalam isu ini. Adakah demi survival politik murahan, maruah agama menjadi galang gantinya??
FIKIR-KIKIRKANLAHH...SIAPA LAWAN, SIAPA KAWAN & SIAPA PEJUANG....
ALLAHUAKBAR! 3 X.