Wednesday, March 23, 2011

VIDEO SEKS...DATUK T

Nak percaya susah...tak percaya susah...tapi video ini sememangnya sedang hangat seperti pisang goreng panas dan mengalahkan Merong Mahawangsa..he..he...harap2 boleh ditayangkan disaluran 480 astro..heeee. Namun persoalan utama ialah berhubung dengan 'pelakon' utama. Adakah benar sebagaimana yang didakwa oleh Datuk T atau 'pelakon' tersebut begitu mirip atau 'jin' yang menyerupai oleh individu yang dikaitkan. Pendedahan datuk T berkaitan video ini tidak sukar untuk di buat telahan iaitu untuk mendedahkan kebenaran bagi kebaikan semua..jika 'pelakon' nya yang benar seperti didakwa! itu ok..Namun jika pelakon tersebut ternyata hanya 'pelakon yag mirip' atau 'jin'nya apakah yang akan berlaku..Kenyataan disuruh mengambil jam dan kemudian menjumpai video yang tersembunyi dilihat 'terlalu diatur' supaya rakaman itu dijumpai. Mengapa memanggil Tan Sri Rahim dan bukan Zukifli Nordin? Atau ia memang dirancang sebegitu untuk memerangkap dan mempergunakan Datuk T yang begitu ghairah untuk membuktikan 'kebenaran' sehingga tidak dapat berfikir bahawa ianya perangkap yang membinasakan....ini andaian je..he..he..Tapi apa yang penting ialah samada video ini terbukti benar atau tidak...ia tidak sepatutnya dikaitkan dengan UMNO...Ini adalah perangkap pembangkang semata-mata...Tapi kalau betul 'pelakon'nya camne yek..he..he..
SENDIRI FIKIR LAAA..

Monday, March 21, 2011

LIBYA MANGSA PENJAJAHAN BARAT

Apakah rasional yang digunakan oleh amerika dan sekutu-sekutunya dengan menghujani bumi Libya dengan beratus-ratus tomahawk. Teori apakah pula yang digunakan dan alasan mereka. Bagaimakah sekiranya keadaan ini berlaku di negara kita Malaysia. Apakah reaksi rakyat Malaysia yang sekian lama telah dibelai dengan kesenangan dan kemudahan. Berapa ramaikah yang akan tampil untuk terus berjihad mempertahankan negara dan siapakah agaknya manusia yang akan berebut-rebut untuk melarikan diri ke luar negara...eemmm..sudah tentulah golongan rakyat yang punyai pasport antarabangsa. Siapa? Cuba dapatkan statistik... Bersediakah kita untuk menghadapi keadaan seperti di LIBYA? Rasanya PAS dan PKR antara golongan yang paling gembira dengan pengeboman tersebut kerana mereka adalah penyokong kepada perusuh-perusuh yang pengecut dan telah diperkudakan oleh CIA sebagaimana yang ditunjukkan mereka ketika menyertai demonstrasi tidak berapa lama dahulu. Apakah kita rela negara kita dibom dan diceroboh oleh negara asing semata-mata kerana kita gagal untuk memerintah negara sendiri? Jika kita membenarkan campurtangan asing dalam negara kita demi survival politik individu maka itulah tanda jiwa PENGKHIANAT bangsa,agama dan negara.

KAMI BERJANJI AKAN MEMPERTAHANKAN NEGARA TERCINTA INI SEHINGGA KETITISAN DARAH YANG TERAKHIR

INJIL BAHASA MELAYU....MENGAPA?

Mengapa setelah sekian lama negara kita merdeka baru timbul isu tentang mewujudkan injil dalam bahasa melayu. Mengapa terdapat orang2 melayu Islam sendiri yang dilihat seperti menyokong kepada usaha untuk 'menghalalkan' injil versi melayu ini dengan pelbagai cara terutama individu2 yang berautoriti. Adakah mereka ini terlalu takut demi menjaga survival politik mereka atau fahaman sesat pluralisme yang telah bersarang dalam minda yang telah menjadi sebahagian daripada cara hidup mereka. Namun dalam soal ini PEMUDA UMNO PAGOH MENEGASKAN DAN TETAP BERPENDIRIAN BAHAWA "ALLAH" ADALAH HAK EKSKLUSIF ISLAM KERANA TIDAK ADA LAGI AGAMA SAMAWI PADA KETIKA DAN SAAT INI YANG BERAKIDAH SEJAJAR DENGAN AKIDAH ISLAM SEBAGAIMANA KEBENARAN AGAMA SAMAWI DAN HANIF SEBELUM KEDATANGAN ISLAM YANG DI BAWA OLEH NABI MUHAMMAD SAW. Walaubagaimanapun Pemuda Umno Pagoh tetap menghormati hak kebebasan beragama di negara ini sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. Malah Islam sendiri tidak membenarkan umatnya untuk menghina agama-agama lain. Namun dalam konteks Malaysia sepatutnya injil bahasa melayu ini tidak perlu wujud kerana orang melayu hampir seluruhnya beragama Islam manakala kaum-kaum bumiputera yang beragama kristian kebanyakkannya punyai bahasa kaum sendiri dan lebih wajar injil itu dibuat dalam bahasa mereka. Mengapa mesti Bahasa Melayu? Jawapan yang sangat jelas, menunjukkan bahawa golongan sesat di kalangan orang Islam berfahaman pluralismelah yang menjadi dalang menyokong usaha 'MEMBENARKAN' injil bahasa melayu ini untuk diedarkan. Dalam isu yang berbangkit ini sepatutnya pihak yang berkenaan perlu menghormati 'ISLAM' itu sendiri sebagai agama yang syumul dan terpelihara sehingga kiamat serta tidak boleh memaksa 'ISLAM' untuk mengiktiraf mereka sebagai 'BENAR'. Kenyataan ini perlu mereka terima kerana pengiktirafan hanyalah diberikan oleh Allah kepada Islam sahaja. Malah jawapan yang paling tepat bagi umat Islam untuk berurusan dengan agama-agama lain ialah yang terdapat dalam SURAH AL-KAFIRUN...yang bermaksud:
" KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD)..HAI ORANG-ORANG KAFIR! 2."AKU TIDAK AKAN MENYEMBAH APA YANG KAMU SEMBAH." 3. "DAN KAMU TIDAK MAHU MENYEMBAH (ALLAH) YANG AKU SEMBAH. 4. "DAN AKU TIDAK AKAN BERIBADAT SECARA KAMU BERIBADAT. 5. "DAN KAMU PULA TIDAK MAHU BERIBADAT SECARA AKU BERIBADAT. 6. "BAGI KAMU AGAMA KAMU, DAN BAGIKU AGAMAKU"