Tuesday, June 23, 2009

PPSMI....APA KESUDAHANNYA...

Kenyataan Tun Mahathir berkenaan PPSMI dan berkenaan penguasaan ilmu di kalangan pelajar Melayu dan rakyat Malaysia umumnya pada masa akan datang jika dilihat dari sudut positif ada kebenarannya. Namun itu hanyalah pendapat peribadi beliau yang melihat pada satu sudut. Sekiranya pelajar kita boleh mengikuti PPSMI ianya adalah suatu perkara yang amat baik. Namun apabila sesuatu dasar itu kurang berkesan dan memberikan kerugian kepada sesuatu pihak maka ia perlu dikaji semula dan penambahbaikan perlu dibuat. Apa yang membimbangkan sekarang ialah sejauhmana pelajar melayu dapat mengikuti PPSMI. Kita percaya pelajar yang ibu bapanya adalah dari golongan profesional tidak menghadapi masalah untuk mengikuti PPSMI, begitu juga pelajar yang pintar. Tetapi bagi pelajar yang lemah dan sederhana yang tidak terdedah dengan bahasa Inggeris khususnya di luar bandar adalah sukar bagi mereka untuk mengikuti PPSMI. Ada dikalangan mereka yang boleh menguasai subjek matematik dan sains dari segi konsep namun oleh kerana kekangan dan halangan bahasa yang merupakan alat bagi mendapatkan ilmu tersebut tidak mereka fahami maka mereka ini terus tercicir dan gagal untuk bersaing. Keadaan ini tidak adil bagi mereka.

BERIKAN PENDAPAT ANDA TENTANG PPSMI...
BAHASA JIWA BANGSA