Wednesday, December 2, 2009

JANGAN MUDAH MENGELABAH

Hairan! Cukup menghairankan! dan kita tidak pernah mengambil iktibar dan berfikir dengan cara yang bijaksana apabila berdepan dan melayani isu yang sengaja dimanipulasikan oleh pembangkang terutama berkenaan dengan isu BTN sekarang ini. Sepatutnya sudah cukup dengan kenyataan YAB TSM dan tidak perlu diulas oleh individu lain. Tetapi apabila dato Seri Nazri berjanji kabinet akan menilai semula modul pengisian BTN sedia ada.. Sudah pasti ramai yang berfikir dan menunjukkan seolah-olah BTN itu 'bermasalah' sedangkan tidak sama sekali! Tidak semestinya orang memukul gendang kita mesti ikut berpencak menyahut cabaran..berani biar kena pada tempatnya. Malah sebagai muslim berfikir sesaat adalah lebih baik daripada orang yang jahil mengerjakan solat sunat 1000 rakaat dan tidur orang yang arif itu lebih baik daripada ibadah sepanjang malam bagi orang yang jahil. Jangan jadikan diri kita jahil seperti pembangkang yang pandai memanipulasi dan memperbodohkan fikiran masyarakat..mereka bercakap bukan dari sudut ilmiah tetapi dengan cara memanipulasi fikiran masyarakat...Apa yang orang awam faham tentang indoktrinisasi!...suatu perkataan yang amat jarang dan tidak semua orang memahaminya..adakah dengan menghadiri kursus BTN hanya beberapa hari telah dapat mengindoktrinisasikan mereka yang menghadirinya?..tidak sama sekali!!..malah kursus BTN hanyalah tempat untuk mencambah fikiran serta mendapatkan maklumat yang sepatutnya diketahui. Adakah selama ini BTN telah melahirkan mereka yang pro dan tegar kepada kerajaan dan BN? Berikan statistiknya jika ada! Mengapa kita tidak mengatakan bahawa tadika PASTI itu indoktrinisasi!..SJKC itu indoktrinisasi!...apakah hasil dari proses indoktrinisasi? sudah pasti NILAI, AMALAN dan CARA HIDUP...Bolehkah kita melihat nilai, amalan dan cara hidup anak-anak kita dikaitkan dengan UMNO?BN? Haaa.. ini anak-anak umnoo..sekali imbas dah tahu!..Sudah pasti tidakk kan! kerana apa? Kerana kita sememangnya tidak melakukan proses indoktrinisasi..kita biarkan anak-anak kita bebas memilih, berfikir, bergaul dan sebagainya hingga kita hilang kawalan terhadap mereka! Tapi kalau anak-anak pas? tabligh? Jawapannya tanyalah pada diri masing-masing...Namun persoalan dari sudut ilmiah dan moralnya indoktrinisasi boleh diperbincangkan dengan lebih serius.

Monday, November 16, 2009

PELIK TAPI BENAR...

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar sikap pemuda Umno dan pihak tertentu yang menggesa Menteri Besar Kelantan disiasat kerana terlibat dengan rasuah berhubung isu penajaan haji. Memang sudah kita jangkakan hal ini ..apabila timbul isu yg berkaitan dengan pemimpin mereka pasti mereka akan mempertahankannya...Anwar secara terang mempertahankan manusia yang beliau gelar Tok Guru dengan menyatakan.."Untuk pemuda-pemuda Umno, dengan kekayaan sedemikian, cara angkuh dan takabur, menyerang tok guru (Nik Abdul Aziz) itu sebagai perasuah, patut letak jawatan."Tan Sri Yang Dipertua...kita cakap soal Melayu, ketuanan Melayu, harapan Melayu....bangsa apa ini yang boleh menghina seorang pemimpin," katanya di dewan rakyat hari ini.Beliau yang turut mendedahkan beberapa bukti kes rasuah berprofil tinggi dalam kerajaan siang tadi juga berpendapat adalah sangat tidak tepat untuk mana-mana pihak menyerang individu seperti Nik Abdul Aziz sebagai perasuah sedangkan perasuah besar lain dipencilkan....(Harakahdaily)
Inilah yang dikatakan pelik tapi benar...Persoalannya ialah bukan sikit atau banyak, jerung atau bilis...yang haram tetap haram..rasuah tetap rasuah..Sama ada ia melibatkan jumlah serendah RM 1 ataupun berbilion-bilion ringgit perbuatan rasuah tetap rasuah umum tahu tentang perkara ini. Pelik tapi benar, bila pemimpin pas menghina, mencaci, memburuk malah mengkafirkan pemimpin UMNO yang juga melayu & Islam, Anwar tidak pula menyalahkan mereka..Oleh itu kenyataan Anwar ini amat mengelirukan dan tidak konsisten. Pelik tapi benar..sebagi umat islam kita percaya bahawa yang maksum itu hanyalah sifat para nabi dan rasul Nya..apapun gelaran kita..tok guru ke ..pak seyikh ke..tok lebai ke..seseorang itu tidak lari dari melakukan kesilapan..malah tidak akan dapat mengatasi kehendak, pengetahuan dan takdir Allah s.w.t. Justeru dalam membicarakan persoalan adil, amanah dan sebagainya seseorang itu mestilah 'ADIL' dan tidak sekali-kali dipengaruhi oleh sebarang sentimen dan bersandarkan akal semata-mata....

Tuesday, November 10, 2009

SOROTAN AKTIVITI - PEMERIKSAAN KESIHATAN





CEPATNYA MASA BERLALU....

Diam tak diam tirai 2009 semakin tiba ke penghujungnya. Meskipun pelbagai aktiviti yang telah diadakan sepanjang tahun ini rasanya seperti belum melakukan apa-apapun. Kita merasakan bahawa banyak lagi program yang perlu dilaksanakan untuk pemuda. Namun kekangan masa dan peruntukan sedikit sebanyak membataskan pelbagai perkara yang telah dirancang. Walaubagaimanapun kita perlu mengucapkan tahniah kepada semua AJK pemuda bahagian atas komitment padu yang telah diberikan dalam setiap program dan diharapkan komitment ini akan berterusan pada masa-masa akan datang.Untuk itu selepas ini kita akan menyorot semula apakah kegiatan yang telah dilakukan sepanjang tahun ini supaya dengan itu dapat memberikan peluang kepada semua ahli pemuda untuk memberikan komen dan cadangan bagi aktiviti pada masa akan datang..

"The Kuala Dipang tragedy in waiting" - MELAMPAU & TIDAK ADIL

The Kuala Dipang tragedy in waiting oleh Mohd Arshad dalam HarakahDaily adalah satu laporan dan penulisan yang amat tidak bertanggungjawab. ..."Children should have been in beds or at least around a camp fire but alas, someone gambled their lives over a flood swollen, swift and muddy river before midnight. Parents entrusted the children, their flesh and blood under the authorities’ wings but this trust has been compromised for the benefits of some.."
Pengorbanan para guru yang terlibat tidak dihargai langsung dan yang lebih teruk ialah memainkan perasaan keluarga mangsa yang terlibat. Tiada langsung komen yang membina, yang di tulis hanyalah sesuatu yang boleh menyemai perasaan benci dan ketidakpuasan hati di kalangan pembaca. Kita amat menghormati sekiranya beliau sebagai seorang muslim menyentuh bahawa ketentuan Allah adalah perkara pokoknya. Sesudah itu sudut teknikal dan pengurusan diteliti melalui prosedur yang ketat dan kemukakan pendapat yang membina..Apa yang kita perlukan ialah penyelesaian masalah.. bukannya politik murahan setiap masa..

PAKATAN PEMBANGKANG STRATEGI YANG GOYAH & HINA

Melihat kepada senario yang berlaku hari ini terbukti pakatan pembangkang(PP) sememangnya adalah pakatan yang rapuh dan goyah. Krisis yang berlaku dalam PKR dan Pas umpamanya menunjukkan tiada kesepakatan dan budaya kerja yang efisien. Sehingga ke hari ini mereka tiada isu hendak dibangkitkan kecuali mengeluarkan fitnah dan isu-isu lapuk yang tidak membawa kepada pembangunan rakyat. Malah isu yang paling banyak saat ini ialah tentang kekalutan dalaman parti-parti dalam PP. Begitu juga dengan kegagalan mereka mengurus 'negeri-negeri' yang ditadbir. Kes-kes rasuah yang melibatkan wakil-wakil rakyat PP menzahirkan betapa hina dan jijiknya mereka ini. Mereka menipu rakyat dengan pelbagai kempen pilihanraya yang tidak dilaksanakan. Malah soal keamanan dan keharmonian rakyat tidak pernah menjadi agenda yang diutamakan kerana mereka lebih mementingkan survival politik murahan mereka contohnya apa yang berlaku di Selangor dan Perak. Negara kita adalah sebuah negara yang aman selama ini tetapi apabila PP mengamalkan kempen dan politik agresif dan provokasi; keamanan dan keselamatan negara mula tergugat dan nama negara tercemar diperingkat antarabangsa. PP menggunakan rakyat yang tidak berdaya yang telah diracuni dan dipengaruhi pemikiran mereka dengan fahaman yang mengelirukan sehingga ada ibu-ibu dan wanita-wanita serta gadis-gadis yang selama ini baik tingkah laku dan akhlak mereka malah ada dikalangan mereka yang bertudung litup dan labuh bersikap agresif dengan turun BERARAK, MENJERIT, MEMEKIK, MEMAKI HAMUN dan berkelakuan tidak bertatasusila dikhalayak ramai. Persoalannya ialah APAKAH YANG MEREKA PEROLEHI DENGAN BERKELAKUAN SEDEMIKIAN? Saya secara peribadi sekali-kali tidak akan membenarkan isteri, ibu, kakak-kakak, adik-adik perempuan saya untuk berkelakuan yang sedemikian meskipun untuk membela dan menegakkan keadilan untuk diri saya. Jika budaya ini tidak di bendung pasti generasi pada masa akan datang akan rosak kerana wanita dan ibu-ibu yang sepatutnya mendidik anak-anak dirumah dengan nilai dan kasih sayang tidak bersifat yang sepatutnya....

Saturday, October 24, 2009

TERUSKAN BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT

Kemenangan di Bagan Pinang memberi mesej jelas bahawa kita perlu terus bekerja dan memberi khidmat terbaik kepada rakyat. Kemenangan ini membuktikan bahawa UMNO/BN telah dapat meraih kembali kepercayaan rakyat. Justeru para pemimpin BN di seluruh pelusuk negara bingkaslah dengan semangat baru untuk menebus kembali maruah dan kepercayaan yang telah terhakis sejak akhir-akhir ini. Mari kita tepis segala fitnah dengan khidmat yang penuh ikhlas Insyaalah dengan yang demikian kita berada di pihak yang HAK. amin.

Tuesday, September 22, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

Alhamdulillah...selepas sebulan kita berada dalam madrasah ramadhan yang penuh barakah kini syawal pula menjelang. Semoga segala amalan di bulan ramadhan yang lalu dapat meningkatkan keimanan dan meraikan kemenangan serta kegembiraan di aidilfitri yang mulia. Seseungguhnya aidilfitri ialah bulan kemenangan kepada umat Islam khususnya kepada mereka yang telah menjalani ibadah puasa dengan penuh penghayatan. Kegembiraan yang dirasakan adalah kurnia dari Allah yang tidak dapat digambarkan tetapi dapat dirasakan kesyahduhannya di jiwa. Itulah nikmat dan kegembiraan aidilfitri yang utama, disamping berpakaian serba baru dan dapat bertemu sanak saudara, sahabat handai serta rakan taulan. Justeru marilah kita meraikan aidilfitri ini dengan penuh keinsafan dan janganlah dicemari dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak. Kepada semua muslim dan muslimat kami mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir & batin.

Wednesday, September 16, 2009

PEMBEBASAN TAHANAN ISA...BUKTI KOMITMENT KERAJAAN.

Pembebasan tahanan ISA baru-baru ini mendapat pelbagai reaksi dari pelbagai pihak. Bagi pihak keluarga sudah tentulah amat bersyukur apatah lagi akan dapat bersama-sama menyambut hari lebaran yang akan disambut tidak berapa lama lagi. Tetapi apa yang pelik ialah reaksi curiga dan sangka buruk oleh pengerusi GMI atas pembebasan tersebut. Kenyataan GMI dilihat senada dengan pembangkang yang tidak pernah melihat suatu pun kebaikan yang dibuat oleh kerajaan. Tindakan serta kenyataan mereka tidak pernah membina malah sentiasa bersifat provokasi. Mereka hanya berfikir tentang mencari keburukan tidak kebaikan. Spekulasi dan sangka buruk adalah cara hidup mereka yang menyamai sifat orang-orang yahudi dan munafik. Kita percaya bahawa ISA tidak digunakan dengan sewenang-wenangnya malah apa yang diutamakan adalah keselamatan dan ketenteraman rakyat secara keseluruhannya. Allah itu maha mengetahui, mereka yang ditahan perlu mengakui bahawa tindakan mereka suatu ketika dulu walau tidak dapat dibuktikan boleh mengancam kemaslahatan umum . Itulah harga yang perlu mereka bayar atas tindakan mereka dan perlu menerimanya dengan penuh reda.

RAMADHAN SEMAKIN MENINGGALKAN KITA..

Diam tak diam dalam kesibukan kita menguruskan kerja dan kehidupan seharian, madrasah ramadhan pada tahun ini akan berakhir beberapa hari sahaja lagi..Rasanya seperti baru semalam mengerjakan ibadat puasa ramadhan..masih banyak lagi amalan-amalan sunat yang belum ditunaikan. Namun inilah hakikat 'masa' yang perlu kita sedar bahawa ia sesekali tidak akan menunggu kita. Justeru kita masih ada kesempatan bagi beberapa akhir ramadhan ini untuk meningkatkan amalan serta memberikan tumpuan yang lebih terhadap amal ibadat kita. Jangan kita disibukkan dengan persiapan hari raya semata-mata sehingga kita gagal untuk mengambil manfaat sepuluh akhir ramadahan yang mulia ini. Marilah kita sama-sama berdoa agar kita dipertemukan dengan Lailatul Qadar iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan serta tergolong dikalangan mereka yang diampunkan segala dosanya serta dijauhi dari seksaan neraka jahanam. Amin Ya Rabal Alamin.

Sunday, September 13, 2009

SIAPA CALON ADUN BAGAN PINANG???

Isu siapa yang akan menjadi calon BN di DUN Bagan Pinang sedang hangat diperkatakan, bukan sahaja oleh media arus perdana malah di pihak pembangkang juga 'amat berminat' untuk menyentuh tentang siapakah calon bertuah tersebut. Tan Sri Isa Samad disebutkan sebagai satu-satunya calon pilihan yang dikemukakan UMNO bahagian Telok Kemang. Tahniah! kepada UMNO bahagian Telok Kemang atas kesepakatan yang tidak berbelah bagi dalam menentukan calon kepemimpinan mereka. Melalui kesepakatan ini sudah pasti diperingkat jentera pilihanraya di DUN Bagan Pinang nanti tidak ada isu 'sabotaj' dikalangan ahli UMNO sendiri disebabkan calon mereka tidak terpilih. Keadan ini pasti memberi kelebihan kepada BN untuk memastikan kemenangan yang tidak berbelah bagi kepada calon yang telah dipilih. Persoalan tentang Tan Sri Isa yang pernah dikaitkan dengan isu politik wang mungkin menjadi senjata yang penting untuk digunakan oleh pihak pembangkang dalam kempen mereka nanti. Namun kita percaya bahawa para pengundi di DUN Bagan Serai lebih mengenali Tan Sri Isa yang mempunyai banyak pengalaman serta sumbangan dalam arena politik tanah air khususnya di Bagan Pinang. Kita percaya sebagai orang lama dan sebagai ketua UMNO bahagian Telok Kemang, Tan Sri Isa akan meletakkan kepentingan parti lebih daripada kepentingan diri sendiri seperti yang telah ditunjukkan selama ini. Berilah ruang kepada Tan Sri Isa sendiri untuk menentukan siapakah calon lain yang difikirkan layak untuk mewakili masyarakat DUN Bagan Pinang setelah keputusan sebulat suara memilih beliau. Kita percaya Tan Sri Isa telah lama mempunyai senarai kepimpinan yang telah dilatih dan boleh diharapkan untuk menjadi pemimpin pada bila-bila masa jika diperlukan oleh parti. Oleh itu kita harapkan agar sahabat-sahabat terutamanya jentera pemuda diseluruh negara terus memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada UMNO bahagian Telok Kemang atas siapa sahaja pemimpin yang akan dipilih untuk menjadi calon dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang nanti. Jangan sesekali membiarkan pembangkang mengkucar-kacirkan perpaduan kita. Allahuakbar!!!

HIDUP UMNO!!!

Saturday, August 29, 2009

ISU KUIL: KERAJAAN NEGERI SELANGOR TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

Tindakan kerajaan negeri Selangor yang lambat dalam menyelesaikan isu penduduk di seksyen 23 berkaitan dengan isu pembinaan kuil di kawasan tersebut adalah punca kepada kemelut yang berlaku sekarang. Sikap tidak sensitif dan terlalu menjaga 'sahabat' politik akhirnya sanggup menggorbankan kepentingan rakyat bahkan agama Islam sebagai agama rasmi yang tercatat dalam perlembagaan. Apa yang lebih teruk dan menjijikan ialah tuduhan bahawa umno menjadi dalang kepada permasalahan yang berlaku. Sebagai contoh ialah kenyataan sdr mahfuz disiarkan dalam harakahdaily 29 Ogos "Adakah para pemimpin Umno Selangor tidak terlibat dengan perarakan ajaran sesat yang memberikan gambaran buruk terhadap Islam itu?" Pengarang Abdul Aziz Mustafa pula menulis dengan membuat andaian dan tuduhan ".. Dari sepanduk-sepanduk bantahan mereka, adalah jelas mereka adalah penyokong Umno kerana melaungkan slogan yang sama dengan slogan yang dilaungkan oleh para pemimpin Umno." Inilah sikap kerajaan pembangkang yang tidak bertanggungjawab yang suka meletakkan beban dan kesalahan atas bahu orang lain. Masalah dan isu yang berlaku tidak diselesaikan, tetapi asyik dengan tuduhan, andaian dan sentiasa menimbulkan buruk sangka rakyat kepada pihak lain terutama umno. Ingatlah bahawa penduduk seksyen 23 bukanlah orang-orang bodoh yang tidak mempunyai akal yang perlu untuk diajar tentang mempertahankan hak diri serta agama mereka. Tindakan mereka adalah lahir dari perasaan yang suci untuk mempertahankan hak serta agama(Islam) mereka dan bukan kerana provokasi, hasutan atau pengaruh pihak lain terutama umno seperti yang dikaitkan. Malah kemungkinan besar ramai dikalangan mereka adalah penyokong kepada kerajaan negeri yang ada sekarang ini terutamanya PAS yang umum mengetahui amat sensitif dengan isu yang dikaitkan dengan Islam dan ekstrem sebagaimana yang berlaku di Perak tidak berapa lama dahulu. Berfikirlah secara logik sebagai seorang muslim, adakah kita perlu kepada hasutan dan dipengaruhi 'orang lain' dalam tindakan kita? apabila hak dan maruah agama kita mula digugat dan tidak dihormati seperti yang sepatutnya? Apa yang perlu ditegaskan disini ialah kenyataan, fitnah serta tuduhan bahawa kemelut yang berlaku disebabkan oleh pihak-pihak tertentu terutamanya umno adalah tidak berasas sama sekali. Kesalahan ini perlu dipikul sepenuhnya oleh Dato Khalid Ibrahim dan pakatan rakyat disebabkan oleh dasar-dasar tidak bijaksana yang diamalkan oleh mereka. Nasihat untuk semua ialah jangan kita korbankan keamanan serta keharmonian yang kita kecapi selama ini..jadikanlah peristiwa 13 Mei 1969 sebagai pengajaran bahawa hormat menghormati, bertimbang rasa serta kontrak sosial perlu dipertahankan dan tiada kompromi serta sekali-kali jangan dipolitikkan.

Thursday, August 6, 2009

WAHAI BANGSAKU HAYATILAH LAGU INI...

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara

DEMONSTRASI AMAN MENYOKONG TAN SRI HJ MUHYIDDIN


Alhamdulillah...Pada petang semalam 6/8/2009 Pemuda Pagoh disertai lebih 500 penyokong telah berjaya membuat demonstrasi aman bagi menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Tan Sri Hj Muhyiddin bin Mohd Yassin atas kenyataannya menuduh Anwar sebagai pengkhianat bangsa Melayu..Sememangnya perpecahan yang berlaku dikalangan orang melayu pada hari ini adalah berpunca daripada tindakan Anwar yang pandai mengambil kesempatan dalam mempengaruhi pemikiran orang melayu yang terlalu mengikut emosi sehingga hilang pertimbangan akal yang waras. Bersengkokol dengan DAP yang terang-terang menolak Islam. Apakah ini bukan pengkhianat bangsa namanyaaa? Namun apa yang lebih menjijikkan ialah kesanggupan Anwar menjual agama Islam demi survival politik beliau. Ingatlah bahawa Anwar bukanlah Malaikat yang maksum daripada melakukan dosa...apabila kelak Allah membukakan rahsia sebenar siapakah manusia yang bernama Anwar...pada masa itu penyesalan tiada berguna lagi kerana segala hak kita telah tergadai...

HIDUP TAN SRI MUHYIDDIN!!!
WAHAI BANGSA MELAYU...
SEDARLAH..BERFIKIRLAH..MUHASABAHLAH..
SESUNGGUHNYA HANYA MEREKA YANG BIJAKSANA DAN BUKAN BIJAKSINI YANG AKAN MENCAPAI KEJAYAAN..
PANDANGLAH APA YANG AKAN BERLAKU PADA ANAK2 KITA PADA MASA HADAPAN ...

Wednesday, August 5, 2009

LAA TAHZAN INNALLAH HAMAANA...

BISMILLAH HIRAHMANNIRRAHIM...KAMI PEMUDA PAGOH BERIKRAR DAN BERSETIA AKAN SENTIASA MENYOKONG DAN MEMPERTAHANKAN YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN ATAS APA JUA ANCAMAN, UGUTAN, CERCAAN YANG DILEMPARKAN. JANGAN KITA TAKUT DAN BERSEDIH SESUNGGUHNYA ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA KIRANYA KITA BERADA DIJALAN YANG HAK. INSYALLAH DENGAN KEIKHLASAN SERTA KEBERGANTUNGAN PENUH KITA KEPADA ALLAH..DIA YANG MAHA MENGETAHUI DAN MAHA BERKUASA AKAN MENUNJUKKAN SIAPAKAH MANUSIA YANG BERNAMA ANWAR YANG SEBENAR-BENARNYA...ADAKAH DIA SEORANG MALAIKAT YANG TIDAK MELAKUKAN DOSA ATAUPUN SEORANG IBLIS YANG BERTOPENGKAN MANUSIA..ADAKAH KUASA YANG LEBIH HEBAT DARI ALLAH? JUSTERU MARILAH KITA TERUSKAN PERJUANGAN SUCI INI DENGAN BERIKTIKAD BAHAWA ALLAH SENTIASA BERSAMA-SAMA KITA DI JALAN YANG HAQ...

MARI KITA TERUSKAN PERJUANGAN DENGAN ILAHI...
MESKIPUN NYAWA SEBAGAI GALANG GANTI...
KERANA INI PERJUANGAN SUCI...
PERJUANGAN MEMBELA IBU PERTIWI...

LAA TAHZAN INNALLAH HAMAANA...

Sunday, July 26, 2009

PERPADUAN MELAYU SUATU JIHAD

Cadangan Datuk Seri Abdul Hadi Untuk Wujudkan Kerajaan Perpaduan
dalam ucapan dasarnya pada Muktamar PAS ke-55 di Stadium Melawati yang mempertahankan ideanya mengenai pembentukan kerajaan perpaduan yang disifatkan mampu menyelesaikan masalah negara sekali lagi telah menimbulkan pelbagai reaksi dari pelbagai pihak. Beliau sebelum ini telah menyatakan perkara ini dan cadangannya banyak mendapat bantahan daripada pihak pembangkang sendiri termasuk mursyidul Am PAS, Dato Nik Aziz sendiri. Namun sekarang ini pintu perpaduan telah terbuka luas apabila Dato Nik Aziz bersedia untuk berbincang dengan kerajaan pusat bagi memperincikan hasrat yang diinginkan.
Insyallah ini akan dapat menyatukan pemimpin Melayu dan Islam khususnya dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.
Cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan juga akan menjadi kayu pengukur kepada BN dan PAS, sejauh mana kedua-dua parti ini benar-benar berjuang untuk membela kepentingan rakyat dan negara.
Sumber maklumat:Jabatan Penerangan MalaysiaJun, 2009

BAHASA JIWA BANGSA

Tahniah diucapkan kepada Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd.Yassin berkenaan dengan PPSMI kerana dapat mempengaruhi kabinet bagi memansuhkan PPSMI pada 2012. Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.Kajian 53 pakar bahasa merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik." Justeru pujian perlu diberikan kepada barisan kepimpinan dibawah pimpinan Dato Seri Najib atas keberanian membetulkan kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini. Ini menunjukkan bahawa moto 1 Malaysia "RAKYAT DIDAHULUKAN & PEMBANGUNAN DIUTAMAKAN" benar-benar dilaksanakan serta diperjuangkan. Insyallah dengan keikhlasan demi kebaikan rakyat pada masa akan datang pasti kepimpinan sedia ada dapat meraih semula kepercayaan rakyat yang sedikit terhakis pada masa ini.

"BAHASA ADALAH ILMU ALAT"

Tuesday, June 23, 2009

PPSMI....APA KESUDAHANNYA...

Kenyataan Tun Mahathir berkenaan PPSMI dan berkenaan penguasaan ilmu di kalangan pelajar Melayu dan rakyat Malaysia umumnya pada masa akan datang jika dilihat dari sudut positif ada kebenarannya. Namun itu hanyalah pendapat peribadi beliau yang melihat pada satu sudut. Sekiranya pelajar kita boleh mengikuti PPSMI ianya adalah suatu perkara yang amat baik. Namun apabila sesuatu dasar itu kurang berkesan dan memberikan kerugian kepada sesuatu pihak maka ia perlu dikaji semula dan penambahbaikan perlu dibuat. Apa yang membimbangkan sekarang ialah sejauhmana pelajar melayu dapat mengikuti PPSMI. Kita percaya pelajar yang ibu bapanya adalah dari golongan profesional tidak menghadapi masalah untuk mengikuti PPSMI, begitu juga pelajar yang pintar. Tetapi bagi pelajar yang lemah dan sederhana yang tidak terdedah dengan bahasa Inggeris khususnya di luar bandar adalah sukar bagi mereka untuk mengikuti PPSMI. Ada dikalangan mereka yang boleh menguasai subjek matematik dan sains dari segi konsep namun oleh kerana kekangan dan halangan bahasa yang merupakan alat bagi mendapatkan ilmu tersebut tidak mereka fahami maka mereka ini terus tercicir dan gagal untuk bersaing. Keadaan ini tidak adil bagi mereka.

BERIKAN PENDAPAT ANDA TENTANG PPSMI...
BAHASA JIWA BANGSA

Friday, May 15, 2009

ONG TEA KEAT @ LIM KIT SIANG ?

Kenyataan orang No.1  MCA berkenaan isu biasiswa kepada bumiputera menunjukkan 'kebijaksanaan' dan 'kelicikan'  beliau sebagai pemimpin. Ini juga merupakan kesinambungan pemikiran masyarakat majmuk di negara ini. Sebagai pemimpin no.1 dalam komponen bn kita percaya bahawa beliau 'amat tahu' dan 'amat faham' tentang sejarah kalau tidak masakan boleh menjadi pemimpin no.1. Apa yang berlaku ialah sesetengah 'orang' buat-buat tak faham dan pandai mengambil kesempatan. Tetapi apa yang lebih malang ialah ada 'orang' yang tidak tahu untuk menggunakan hak 'mereka' dan tidak berusaha untuk mempertahankan hak tersebut. 

ORANG YANG MEMINTA HANYALAH MEMINTA...ORANG YANG DIPINTA PULA TIDAK TAHU APA YANG MEREKA ADA DAN TIDAK PERNAH MENGHARGAINYA...

Fikir2 kanlahhhh....

SELAMAT HARI GURU

 Tema hari guru pada tahun ini iaitu Guru Pembina Negara Bangsa amat tepat sekali. Bayangkanlah jika tiada guru yang mengajar kita selama ini? Tiada lawyer, jurutera, arkitek dsbg dikalangan kita. Masalah sosial yang mencengkam remaja kita terutama para pelajar kita tidak dapat tidak guru lah orang yang nombor wahid bagi menanganinya selepas ibu bapa. Justeru guru perlu diberi banyak ruang serta kuasa autonomi di sekolah bagi menjalankan tanggungjawabnya sesuai dengan zaman dan cabaran yang mendatang. Kes-kes dimana terdapat segelintir ibu bapa yang menyaman guru untuk mempertahankan anak yang 'sentiasa betul' bagi mereka telah menyebabkan guru tidak lagi menjalankan fungsi mereka sebagai 'mendidik' tetapi hanya sebagai 'mengajar'...manifestasinya ialah sikap para pelajar yang kita lihat pada hari ini. ini semua disebabkan oleh kurangnya penghormatan kepada insan yang bergelar GURU. Sepatutnya masalah yang berlaku di sekolah dijadikan sama keadaannya dalam padang permainan bola sepak..meskipun berlaku kekasaran, tumbuk menumbuk, kesalahan dsbgnya ia diselesaikan di 'PADANG'. Marilah kita sama2 berfirkir sekiranya sebagai ibu bapa yang sudah matang kita sendiri tidak tahu untuk menghormati guru apatah lagi anak-anak kita. Ingatlah!!! 
WAHAI IBU BAPA SEKALIAN.. 

GURU-GURU DI SEKOLAH ITU ADALAH GURU KEPADA ANAK-ANAK KITA..MEMULIAKAN GURU MEREKA SYARAT UTAMA MENUNTUT ILMU & MERUPAKAN TANDA KASIH SAYANG DAN PERIHATIN KITA KEPADA ANAK-ANAK . 

TERIMAAA KASIHHH CIKGUUU.....

Sunday, April 19, 2009

GOLONGAN MUDA

.....Benarkah golongan muda antikerajaan? Kalau ya apa sebabnya?
Adakah kerajaan atau pemimpin BN tidak mesra golongan muda?
Adakah kerajaan tidak memenuhi aspirasi golongan ini?
Apakah kehendak golongan muda?
Adakah golongan pemuda tidak ada jati diri hingga terpedaya dengan dakyah pembangkang?....Atau ada sebab-sebab lain...

Berikan pendapat anda... Kerjasama anda amat dialu-alukan.

PENGUNDI CINA

Betulkah pengundi cina telah beralih arah? 
Bolehkah mereka menjadi undi penentu?
Mengapa trend ini berubah?
Adakah mereka bijak menggunakan hak mereka?
Atau adakah sebab-sebab lain?

Sila hantar pendapat anda. Kerjasama anda amat dialu-alukan.

Friday, April 10, 2009

SYABAS YB DATUK RAZALI & YB DATUK MUKHRIZ

Syabas di atas perlantikan sebagai timbalan menteri. Semoga dengan adanya generasi pemuda didalam barisan kabinet dapat menyampaikan hasrat serta aspirasi golongan muda yang sebelum ini mungkin diabaikan.

TIMBALAN PERDANA MENTERI & MENTERI PELAJARAN

Tahniah dan syabas kepada YB Tan Sri Muhyiddin sempena perlantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Malaysia yang baru. Semoga dengan tugas serta tanggungjawab yang semakin berat dan penting ini YB Tan Sri akan dapat merelisasikan apa yang dikehendaki oleh rakyat. Sebagai menteri pelajaran kekalutan berkaitan dengan PPSMI harap dapat diselesaikan dengan penuh hikmah. Pembelaan terhadap pelajar luar bandar perlu diberikan perhatian. Begitu juga dengan permasalahan disiplin dikalangan pelajar yang semakin kritikal perlukan suatu kaedah dalam menanganinya. Sistem yang berorientasikan peperiksaan perlu kajian semula. Kemahiran berfikir serta inkuiri falsafah(philosopical Inquiry) perlu digunakan secara meluas dalam semua subject untuk mencapai tahap objektif bahavioral yang lebih tinggi antaranya tahap analisis dan sintesis. Antara yang penting ialah kebajikan guru perlu dibela, kemudahan kepada guru perlu ditingkatkan, guru-guru sepatutnya tidak dibebankan lagi  dengan kerja-kerja perkeranian supaya dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada P&P, sistem kenaikan pangkat yang adil serta fleksibel perlu dirangka agar tidak ada golongan guru yang terinaya. Apabila guru dalam keadaan yang selesa insyalah pelajar akan mendapat kebaikannya. Justeru kami amat percaya YB Tan Sri pasti akan dapat memberikan impak yang besar dalam membuat perubahan serta menjayakan sistem pendidikan di negara ini hingga mencapai standard world level. 

"Ilmu itu bukan yang dihafal, tetapi yang memberi manfaat."(As-Syafeii) 

Tuesday, April 7, 2009

PERDANA MENTERI KE 6

Akm..
Pertamanya tahniaah kepada Dato Seri Najib sempena perlantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6. Semoga dengan kepimpinan beliau negara akan dapat ditadbir dengan lebih efisien dan bertambah makmur. Lawatan mengejut ke Petaling Street tempoh hari menggambarkan keinginan dan usaha pertama untuk memahami perasaan dan kehendak akar umbi secara amnya. Penarikan larangan kepada beberapa akhbar parti dan pembebasan 13 tahanan ISA juga memberi isyarat bahawa beliau tidak sekali-kali akan berlindung disebalik kuasa yang ada..berani kerana benar..Sifat kepimpinan ditambah dengan legasi ayahanda beliau Insyaalah bukan sahaja akan memperkukuhkan UMNO malah yang lebih penting untuk meraih kepercayaan rakyat kepada barisan nasional..Tahniaah Dato Seri Najib!!!!.

Monday, March 30, 2009

TAHNIAAH!!! YB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN


Akm...
Tak dapat hendak di gambarkan perasaan apabila mendapat tahu bahawa YB Tan Sri dapat menduduki kerusi Timbalan Presiden Umno...pelbagai perasaan yang datang..gembira, sedih,bangga, terharu, bimbang dsbg.

GEMBIRA..Sebagai orang Pagoh penat lelah selama ini telah terbalas. Kerja keras semua pihak di semua pelosok bahagian... dari Maokil, Bkt. Serampang, Sri Ledang, Bkt Kepong, Kg. Tui, Gersik, Jorak, Pagoh dll tidak sia-sia..

SEDIH..Dengan jawatan yang lebih penting..sudah pasti kebanyakkan masa YB Tan Sri akan lebih banyak diruangkan bagi mentadbir negara. maka dengan itu sudah pasti kekerapan untuk bertemu YB Tan Sri adalah amat terhad. Namun kami amat memahami betapa sibuknya YB Tan Sri pada masa mendatang. Insyaalah kami akan membantu di peringkat akar umbi.

BANGGA..Siapa tidak bangga kalau pemimpin yang disanjung menduduki antara tempat teratas dalam organisasi bukan sahaja di dalam parti bahkan juga dalam kerajaan. Rasa-rasanya bukan sahaja ahli umno bahkan seluruh warga parlimen Pagoh khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya berbangga dengan pencapaian YB Tan Sri.

TERHARU..Dengan sikap yang bersahaja, tenang, sabar dan berani YB Tan Sri sentiasa bertindak mendahulukan kepentingan parti. Meskipun kenyataan beliau sebelum ini menyebabkan ramai yang tersinggung tetapi beliau sanggup hilang populariti diri demi kekuatan parti. Alhamdulillah segala keikhlasan selama ini dapat dilihat oleh semua.

BIMBANG..Takut apa yang diaspirasikan oleh beliau tidak dapat diterjemahkan oleh ahli-ahli umno..terutamanya pembahruan dan mesej meremajakan umno bagi meraih sokongan orang-orang muda..Pastikan orang-orang yang disekeliling tidak menjadi 'kaduk naik junjung'..Setiap tindakan terutamanya Para pegawai & AJK UMNO Bahagian Pagoh, serta semua sayap UMNO bahagian Pagoh akan diperhatikan & menjadi kayu pengukur kejayaan aspirasi YB Tan Sri seperti yang dikatakan.

Justeru keutamaan sekarang ini ialah berkhidmat dengan ikhlas dan mesra terutamanya layanan kepada orang-orang muda bagi meraih kepercayaan dan sokongan mereka kepada UMNO. PASTIKAN!!! jangan ada 'KADUK NAIK JUNJUNG'.



SYABASSS....

YB TAN SRI MUHYIDDIN BIN MOHD YASSIN

TIMBALAN PRESIDEN UMNO

KJ KP BARU


Tahniah Sdr. 
Khairy Jamaluddin atas  kemenangan menjadi KP yang baru. Keputusan ini sekaligus meneruskan tradisi seorang Naib Ketua mengambil alih jawatan Ketua Pemuda Umno. Syabas juga diucapkan kepada semua Perwakilan Pemuda yang telah membuat keputusan yang bijak, matang dan berani . Ini merupakan satu tanggungjawab yang besar untuk Khairy Jamaluddin apabila memikul jawatan yang begitu 'panas' & mencabar. Namun saya penuh yakin dengan kepimpinan beliau yang semakin matang mampu berdepan dan mengatasi  pelbagai isu,persepsi dan fitnah yang  dilemparkan oleh pemimpin pembangkang.
Dalam ucapan penggulungan tempoh hari, Khairy berazam mewujudkan barisan Pemuda yang berani menuntut perubahan dan semangat setiakawan. Saya rasa terharu apabila beliau mengakui kemenangannya bukan majoriti dan menjadi tanggungjawab beliau untuk merapatkan setiakawan dalam pemuda dan menjadikan  pemuda berani dan berani berubah. Bagi kami selagi seseorang pemimpin itu berpegang kepada matlamat perjuangan, dapat memenuhi aspirasi ahli, menjunjung hukum Allah & Rasul dan berperibadi mulia maka sudah pasti sokongan yang tidak berbelah bagi akan kami berikan. Tahniah KJ.

ALLAHUAKBAR!!! 3x
SETIAKAWAN
PEMUDA BERANI
BERANI BERUBAH



Tuesday, March 17, 2009

LEMBAGA DISIPLIN UMNO

Akm..

Mungkin semua telah mengetahui dan sedia maklum berkenaan keputusan lembaga disiplin umno. Cuma kawan nak minta agar semua pihak menerima keputusan dan bertindak secara rasional. Fikirkan tentang perjuangan dan matlamat sebenar kita sebagai ahli umno. Jangan biarkan perasaan dan emosi menguasai diri. Mari kita perkukuhkan ukhwah dan ketepikan semangat assabiyah kenegerian. Perkukuhkan jati diri matlamat perjuangan, jangan sampai ada 'pihak' yang menangguk di air keruh. Semua kita adalah bersaudara..ISLAM..MELAYU..UMNO...jangan kita jadi seperti Pak Kaduk menang sorak kampung tergadai..Kita tak mampu lagi untuk bertelagah kerana ada pihak yang sentiasa menunggu untuk
menjatuhkan kita..
merampas hak kita..
memalukan kita..
menjatuhkan raja-raja kita..
merendahkan agama kita..
melaga-lagakan kita..
dan yang utama menimbulkan kemarahan kitaaa...
Apabila marah akal akan menjadi singkat dan menghasilkan keputusan yang terburu-buru..
FIKIRKANNLAHHH..

HIDUP ISLAM..
HIDUP MELAYU..
HIDUP UMNO..

SUKAN UNTUK SEMUA

Assalamualaikum..

Tahniah diucapkan kepada semua Pegawai & Ahli Jawatankuasa Pemuda Bahagian Pagoh di atas kejayaan menganjurkan Program Gerak Mesra Rakyat yang berteraskan sukan sebagai medium untuk tujuan tersebut. Program ini juga tidak akan meriah tanpa penglibatan pergerakan puteri dengan menganjurkan pelbagai acara antaranya pertandingan bola jaring, sukan rakyat, karaoke dan sebagainya. Semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Terima kasih tidak terhingga atas sokongan dan kehadiran YB Tn.Hj Tahir bin Taat dan YB Dr.Sahruddin bin Md.Salleh bagi memeriahkan program.

Friday, February 27, 2009

MEMANG KURANG AJAR!!!

Memang kurang ajar..
Tuduhan Singh nyanyuk terhadap Pemuda Umno memang tidak boleh dimaafkan!!!...ia bukan sahaja mengguris hati pemuda umno malah ia melibatkan penghinaan kepada pemuda melayu keseluruhannya...
Memang kurang ajar..
Singh is King..nampak betul dia hendak mencabar kedaulatan raja2 dan sultan..biadappp!!! 
orang biadap macam ni wajar dikenakan tindakan I.S.A dan dilucutkan taraf kerakyatan kerana perlakuan  melampau dan tidak boleh dimaafkan.
Memang kurang ajar..
Maruah melayu dipersendakan, direndahkan malah hak kita dicabar dalam perlembagaan..agaknya kalau dia hidup dekat negara asal tuk nenek dia bukan kata nak jadi lawyer..kerja pecacai pun belum tentu dapat..
Memang kurang ajar..
Ketua pembangkang dalam dewan DUN Johor bangkitkan tentang 'Bumiputerism, yg disamakan dengan apartheid..memang melampauuu!!!..diaorang ni sebenarnya komunis alaf baru..yg menolak sistem raja berpelembagaan dan hak2 istimewa bumiputera..cuba fikirkan? cuma cara mereka saja yang berbeza..

Justeru WAHAI BANGSAKU SEDARLAH, BANGKITLAH & KEMBALIKANLAH MARUAH SERTA HAK KITA!!!

ALLAHUAKBAR!!!ALLAHUAKBAR!!!ALLAHUAKBAR!!!


Saturday, February 7, 2009

DAULAT TUANKU!!!

Akm...Sdr/sdri..

Penghinaan ke atas institusi beraja di Perak amat dikesali dan tidak sepatutnya berlaku. Org Melayu perlu sedar bahawa hanya institusi beraja menjadi penyelamat dalam mempertahankan gagasan kedaulatan Melayu dan Islam. Wahai Melayu Perak..ADAKAH KAMU LUPA..betapa BIADAPNYA DAP yg hendak memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar Pas dulu, mereka x boleh terima org Melayu sebagai ketua mereka. Nasib baiklah dgn ketegasan Raja Dr.Nazrin, jawatan menteri besar Perak masih lagi menjadi hak orang Melayu. Tidak terhinakah orang Melayu melihat gelagat Lim Kit Siang dan Karpal Singh yang celupar & kurang ajar..Ingatlah wahai BANGSA MELAYU...

KEMERDEKAAN KITA..AGAMA KITA..RAJA KITA...TANAH KITA..HAK KITA..KITALAH YANG MENENTUKAN..'ORANG LAIN' SEKALI-KALI TIDAK AKAN MEMBELA KITA..


DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

Tuesday, February 3, 2009

PENDAFTARAN AHLI ONLINE

Akm...Tuan/puan/sdr/sdri yg dihormati,
Diumumkan bahawa pendaftaran untuk menjadi ahli umno telah boleh dibuat secara online.Oleh itu bagi sesiapa yang berminat boleh lah melayari laman web http://www.daftar.umno.org.my. Bagi tuan/puan yang berminat untuk menjadi ahli umno bahagian Pagoh sila hubungi sdr Mohd Zaid bin A.Rahman 0176385173(Biro IT Pemuda Bhgn Pagoh) dengan membawa salinan kad pengenalan atau boleh berjumpa dengan mana-mana AJK Pergerakan Pemuda Bahagian Pagoh dengan menyatakan cawangan yang tuan/puan berminat untuk menyertainya.
Sekian, harap maklum.

'TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA'...
HIDUPPP UMNO!!!

Saturday, January 24, 2009

PELANCARAN TABUNG JIHAD PALESTINE

Felda Batu 27, Lenga 25/1/2009: Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pagoh malam tadi secara rasmi melancarkan tabung jihad Palestine. Program dimulakan dengan solat hajat yang di pimpin oleh Utz. A.Ghani dan disusuli dengan tayangan slide yang memaparkan kekejaman yahudi di Gaza. Turut menyerikan majlis ialah hadir bersama YB Tn.Hj.Tahir Bin Taat, Adun Bkt. Serampang untuk merasmikan majlis. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan agar umat Melayu Islam jangan berpecah belah dan hendaklah sentiasa bersatu padu dengan mengenepikan fahaman politik demi survival agama dan bangsa. Ketua Pemuda, Tn.Hj.Ismail Bin Mohamad menjelaskan tabung jihad Palestine ini akan digerakkan melalui 4 zon besar dengan dibantu oleh ketua2 pemuda cawangan di setiap zon yang terlibat. Strategi ini digunakan agar tabung ini dapat digerakkan dengan berkesan dan menyeluruh. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini.Amin.Allahuakbar!!!.

"MARILAH MENDERMA KEPADA TABUNG JIHAD PALESTINE PERGERAKAN PEMUDA UMNO PAGOH"

'Jangan cuba cetuskan kemarahan umat Islam'

KUALA LUMPUR: Akhbar The Herald - The Catholic Weekly digesa menghormati Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan untuk tidak menggunakan perkataan Allah dalam edisi bahasa Malaysia terbitannya. Sambil mengingatkan semua pihak jangan cuba mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata sebelum ini sudah wujud persefahaman supaya perkataan digunakan agama Islam tidak digunakan pihak lain. "Perlembagaan itu jelas menyatakan agama lain tidak boleh disebarkan di kalangan Islam. Kita cukup menghormati agama yang dianuti kaum lain dan mereka juga harus menghormati agama Islam (Berita Harian Online)

Berhubung isu di atas Pemuda Umno Bahagian Pagoh(PUBP) menyelar kenyataan Tan Sri Bernard Dompok yang secara terang & lantang mempertahankan perbuatan tidak beretika The Herald. Sebagai menteri beliau sepatutnya menyelesaikan masalah tetapi sebaliknya yang berlaku. PUBP meminta semua pihak bangun menegakkan maruah Islam..PUBP juga mendesak agar Tan Sri Bernard Dompok dilucutkan jawatan sebagai menteri. Jangan biarkan Islam dicemari dinegara ini!!!…cukuplah apa yang berlaku di Palestine!!!…Allahuakbarrr!!

Saturday, January 17, 2009

PILIHANRAYA KECIL KT..

Akm..Keputusan pilihanraya kecil KT sekali lagi memperlihatkan suara hati pengundi bahawa memilih pemimpin adalah hak rakyat dalam sebuah negara demokrasi. Meskipun kecewa dengan keputusan tersebut kita perlu menerima bahawa itu adalah kehendak rakyat walaupun dengan majoriti yang tidak kukuh. Persoalan yang timbul ialah mengapa? pengundi memilih pembangkang dan tidak memilih calon UMNO(BN)...Adakah situasi ini disebabkan oleh reputasi UMNO? dasar2 yang tidak mesra rakyat? Kredibiliti calon? Cara kempen yang ketinggalan zaman? atau percaturan cerdik politik rakyat KT? Apakah komen anda?