Friday, December 17, 2010

TAKZIAH KEPADA KELUARGA YB DATO SULAIMAN TAHA

Pemergian YB Dato Sulaiman amat dirasakan kehilangannya..pemimpin yang berjiwa rakyat & mudah didekati dan disenangi oleh rakyat. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas beliau dan menempatkan allahyarham di kalangan hamba-hamba Nya yang bertakwa .Amin.

Wednesday, October 20, 2010

SELAMAT BERSIDANG WIRA PEMUDA

Askm, Tahniah diucapkan kepada semua perwakilan pemuda & G2  dari seluruh negara kerna telah melaksanakn tanggungjawab kepada parti. Kesanggupan meninggalkan keluarga tercinta demi perjuangan amat di hargai. Pelbagai isu telah dibahaskan maka perlu dijelmakan melalui tindakan demi janji & sumpah yang telah diikrarkan.

Sunday, May 2, 2010

PERASMIAN SERENTAK MESYUARAT CAWANGAN, WANITA, PEMUDA & PUTERI..

Pada 2 Mei 2010 perasmian serentak mesyuarat cawangan serta sayap telah diadakan di Dewan Kompleks Pekembar. Majlis dirasmikan oleh YB Tn.Hj Tahir bin Taat, Adun Bkt. Serampang merangkap sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh. Dalam kesempatan tersebut juga, pihak bahagian telah mengaturkan beberapa sesi program taklimat dan penerangan sebelum majlis perasmian serentak diadakan. Taklimat yang pertama disampaikan oleh Sdr. Azwan b. A.Aziz dari UMNO pusat berkenaan dengan pindaan perlembagaan yang baru serta pelaksanaannya. Manakala sesi yang kedua ceramah ringkas disampaikan oleh Dato Fuad b. Dato Hj. Hassan, Ketua Pengarah Jasa Pusat. Banyak input serta maklumat yang diperolehi daripada sesi-sesi yang diadakan. Perasmian majlis berjalan dengan lancar namun kurang serinya kerana YAB Tan Sri tidak dapat bersama..Apapun marilah kita sama-sama mendoakan agar YAB Tan Sri segera sembuh. Amin

SEMOGA CEPAT SEMBUH

Pemuda terkejut apabila diberitahu bahawa Tan Sri 'ditahan' dihospital..namun apabila diberitahu bahawa beliau hanya mengalami dihidrasi dan perlu berehat untuk beberapa hari ia suatu berita yang amat melegakan..Kami dipihak pemuda pagoh mendoakan agar Tan Sri cepat sembuh untuk meneruskan kerja serta perjuangan dalam membela agama, bangsa dan negara...
..YA ALLAH..ENGKAU PELIHARALAH PEMIMPIN KAMI, BERIKANLAH RAHMAT KESIHATAN KE ATAS MEREKA, AGAR MEREKA DAPAT MENERUSKAN USAHA PERJUANGAN UNTUK MEMBELA ISLAM, BANGSA DAN NEGARA. AMIN.

Saturday, April 24, 2010

WANITA TUNGGAK KEJAYAAN...

Kesempatan mengenali dan berbicara dengan Ketua Wanita Pagoh, Hjh Noriah (Mak Andak) juga merupkan suatu pengalaman yang amat berharga. Pengalaman lebih 30 tahun beliau dalam politik menjadikan beliau matang dalam dunia politik. Kebetulan saya dan saudara Md. Noh menjadi pengiring & pemandu beliau ketika di Hulu Selangor jadi sudah tentu pelbagai perkara dapat dibicarakan.. Pengalaman berkecimpung dalam politik sejak di bangku sekolah dan melalui pengalaman bersama dengan fasa kepimpinan beberapa orang pemimpin bahagian bermula dari UMNO Muar Dalam, UMNO Muar-Pagoh sehinggalah UMNO Bhgn. Pagoh adalah kelebihan beliau.. Kata mak andak masa mula-mula diberi tugas mengacara & berucap dulu..terpaksa minta 'air penenang' untuk hilangkan gemuruh..Berbicara dengan Mak andak tak rasa jemu, malah sdr. md.Noh sering kali tidak dapat menumpukan perhatian ketika memandu apabila mendengar Mak Andak bercerita..ha..ha..ha..Banyak pelajaran yang diperolehi sepanjang mengiringi beliau..Keikhlasan adalah perkara pokok dalam perjuangan dan tidak ada jalan pantas untuk mencapai sesuatu terutama kedudukan dalam politik...dan banyak lagi yang tidak dapat di tulis di sini..mungkin suatu biografi beliau boleh di tulis untuk dijadikan rujukan pada masa akan datang..memang menarikk.
Tak tahu lah apa yang akan terjadi sekiranya wanita tidak turun berkempen di Hulu Selangor..rasanya payah nak menang..Kesanggupan mereka untuk meninggalkan kelurga, suami dan anak-anak untuk membantu berkempen WAJIB dihargai..begitu juga dengan ibu-ibu dan isteri yang di tinggalkan suami untuk berkempen..kerana mereka ini juga berkorban menjaga anak-anak dan maruah suami ketika ketiadaan suami..
Yang amat mencuri perhatian ialah mereka ini bekerja bersungguh-sungguh..bertegang leher..menangis..tidak tidur..tapi hasilnya SEMPURNA..Justeru peranan wanita perlu dihargai kerana mereka adalah...
TUNGGAK KEJAYAAN

Friday, April 23, 2010

YB BERJIWA RAKYAT...

Rasa berdosa rasanya jika tidak menulis pengalaman tinggal bersama-sama dengan YB Tahir semasa berkempen di Batang Kali..Sebelum ini tidak pernah ada peluang untuk mendekati beliau secara lebih dekat..Mula-mula rasa terperanjat juga bila dapat tahu YB 'duduk' sekali di rumah yang di sewa..maklumlahh YB..mesti 'tahap tinggi' he..he..he..(bahasa budak pagoh utk gambaran orang yang berstatus tinggi). Hari pertama sampai dan bila masuk rumah je..sdr. Md.Noh dah tempah 'port'.. Malam menjelang, bila semua orang mula nak mengambil tempat untuk merehatkan badan..rupa-rupanya 'port' YB Tahir belum ada..kesian betul..nasib baik abang Jalil perasan dan lepas tu prepare kan apa yang patut dan itu pun cuma beralaskan toto je..itu le rupa tempat tidur YB..jangan x percaya. Makan & minum tak usah dibicarakan lagi le..memang low profile..Satu pagi bila bangun untuk solat subuh, dengar ade orang membasuh pinggan & cawan subuh-subuh tu..bile tengok.. rupanya YB yg cuciii!..bayangkan pinggan & cawan yang kitaorang guna..YB yang cuci..rasa segan betul dengan YB Tahir..Rasa bangga juga jadi anak buah YB bila ketua cawangan di situ sdara Shahrin memuji kewibawaan & kesederhanaan beliau dalam menangani permasalahan yang timbul..Namun apa yang penting beliau sememangnya seorang yang 'workholic'..satu ketika bila abang Jalil ajak YB balik kg sekejap menjengah rumah..dengar YB Tahir membalas.."Aku kerja..tengah kerja ni... "..Tapi apa yang lebih menarik ialah..dalam kesibukan dan keletihan..YB sempat sama-sama meraikan harijadi Kak Tepot di rumah pagoh bersama-sama puteri, mak andak(ketua wanita) & kami yang berada di sana...
Itulah catatan ringkas tentang YB BERJIWA RAKYAT...

SEMANGAT PEJUANG...

Empat hari berada sepenuh masa di Batang Kali dan terlibat secara aktif membantu kempen calon BN di P094 Hulu Selangor memberi kesan pengalaman yang amat mendalam dan amat mahal harganya. Setelah tidak dapat mengikuti kempen PRK di Kuala Terengganu dan Manik Urai justeru Allah mengizinkan pemergian kali ini. Kesungguhan petugas-petugas UMNO dari Johor sememangnya membenarkan persepsi dan legasi yang diletakkan kepada UMNO Johor selama ini adalah amat tepat sekali.
Semangat pejuang..
Ujian pengorbanan meninggalkan keluaraga, anak-anak, isteri, suami dan orang yang tersayang sememangnya tidak dapat dilakukan oleh semua orang. Inilah asas kepada jihad..
Semangat pejuang..
Bukan hanya semangat yang mantap tetapi mereka melakukan kerja dengan berperancangan serta berstrategi..Semangat mesyuarah dijadikan asas untuk mencapai matlamat yang sama meskipun ada berbeza pendapat.
Semangat pejuang..
Tidak kedengaran suara-suara yang menyebut tentang elaun, upah, gaji dan sebagainya walupun ia ada di janjikan..ramai yang mengeluarkan belanja sendiri untuk menampung keperluan diri tanpa mengadu domba..
Semangat pejuang..
Penglibatan pemimpin utama yang sanggup turun padang seperti Dato seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin mengukuhkan lagi semangat pejuang ini..Meskipun dalam kepenatan selepas melakukan lawatan kerja di luar negara.. mereka berdua terus bergegas untuk bersama-sama petugas BN di Hulu Selangor..

SEMOGA SEMANGAT PEJUANG INI AKAN TERUS MENGALIR DALAM DIRI KITA UNTUK DIWARISKAN KEPADA GENERASI MELAYU AKAN DATANG.

Thursday, April 15, 2010

CALON PKR - MACAM DAH X DE ORG LAIN....

MACAM X DE ORANG LAIN..
PKR meletakkan Zaid sebagai calon di Hulu Selangor telah menzahirkan lagi penguasaan firaun-firaun kecil dalam PKR. Zaid yang baru 'beberapa hari' menyertai PKR di beri 'kouta' khas dari Kota Bahru Kelantan untuk bertanding di Hulu Selangor..
MACAM X DE ORANG LAIN..
mengapa zaid dapat keistimewaan ini? jawapannya sudah tentu kerana ditentukan oleh 'MAHAPENENTU' PKR yang menentukan segala-galanya dalam PKR bahkan dalam PR...
MACAM X DE ORANG LAIN..
Tidak mungkin sekian ramai cerdik pandai yang ada di Hulu Selangor ataupun seluruh Selangor amnya.. tiada yang layak untuk dijadikan calon!..di mana kepimpinan PKR Hulu Selangor? PKR Selangor? Adakah mereka ini hanya menjadi 'tunggul' - 'tunggul' hidup yang langsung tidak punya suara apatah lagi kuasa..
MACAM X DE ORANG LAIN..Pengundi Hulu Selangor semestinya rasa terhina dengan pencalonan zaid ini..Anwar boleh menentukan calon kerana dia yang menentukan segala-galanya dalam PKR..tetapi Anwar tidak boleh menentukan rakyat pengundi Hulu Selangor untuk mengikut apa yang ditentukannya....

Yang menentukan siapa yang wajar untuk menjadi pemimpin yang boleh berkhidmat kepada rakyat dan bukannya kepada individu-individu tertentu sahaja..
HANYALAHH...RAKYATTT PENGUNDIII HULU SELANGOR...
BUKANNYAA! ANWAR..

PRINSIP SETIAKAWAN JADI KEUTAMAAN

2 hari lagi penamaan calon bagi PRU Parlimen Hulu Selangor dengan pelbagai rumous telah dikeluarkan oleh pelbagai pihak terutama bagi menentukan calon bn di kerusi tersebut. Kenyataan TSM dengan tegas menyatakan bahawa bn akan mengikut formula yang telah dipersetujui bahawa calon bn pasti dari MIC telah melenyapkan pelbagai spekulasi yag timbul sebelum ini. Meskipun ada sesetengah pihak yg mahu bn meletakkan calon UMNO, namun demi semangat setiakawan dan prinsip, bn tetap mempertaruhkan calon MIC untuk bertanding. Semangat setiakawan ini seharusnya menjadi momentum kepada MIC untuk lebih kuat bekerja serta menghargai peluang yang telah diberikan selama ini. Menjadi tanggungjawab MIC untuk memilih calon yang terbaik yang boleh diterima oleh semua. MIC perlu mengetepikan soal 'orang' pilihan presiden parti dengan memilih calon yang dapat diterima oleh semua golongan pengundi bagi memastikan kemenangan bn bagi pru kali ini. Kepada parti komponen bn yang lain perlulah memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi dengan menjadikan semangat setiakawan sebagi keutamaan.

Wednesday, March 3, 2010

JANGAN SESEKALI KITA ALPA ...

Kepincangan yang berlaku dalam PR terutama yang melibatkan PKR sejak akhir-akhir ini menunjukkan betapa rapuhnya pakatan mereka begitu juga kesepakatan dalam parti masing-masing. Tindakan keluar parti dan rasa tidak puashati terhadap kepimpinan adalah merupakan menifestasi terhadap kepimpinan yang lebih mementingkan individu berbanding rakyat. Lim Guan Eng pula seperti orang mabuk todi memerintah Pulau Pinang ikut suka hati tanpa mengambil kira langsung sensitiviti kaum dan agama. Senario yang berlaku ini semakin parah dan sekiranya rakyat masih lagi tidak dapat membuat penilaian dengan memilih pemimpin tanpa berfikiran panjang pada masa-masa akan datang maka tidak mustahil negara akan menuju kepada kehancuran dan huru-hara. Namun begitu kita amat setuju dengan kenyataan YAB Dato Seri Najib bahawa kelemahan & kekuatan UMNO tidak ada kena mengena dengan lemahnya PKR ketika ini, justeru JANGAN KITA ALPA, kita perlu terus bergerak dan bekerja untuk rakyat dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik...Insyallah..
RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Monday, February 1, 2010

http://www.my-malaysia.com.my

Tahniah diucapkan kepada YAB Tan Sri dengan wujudnya laman web ini. Banyak manfaat serta maklumat yang boleh didapati dalam laman web yang disediakan serta mempunyai pengisian yang teratur serta dirancang dengan amat baik sekali. Maka dengan wujudnya laman web ini sudah pasti kita akan lebih rapat dan mengetahui dengan lebih cepat maklumat yang berkaitan yang diperlukan terutamanya yang berkaitan dengan dasar dan aspirasi yang hendak dibawa oleh YAB Tan Sri.

Monday, January 25, 2010

ZAID IBRAHIM VS ZULKIFLI NORDIN

Kelakar bila membaca kenyataan ahli MPT PKR Datuk Zaid Ibrahim yang menyokong tindakan disiplin ke atas YB Zulkifli Nordin kerana didakwa sering membuat tindakan yang melampau. "Saya harap parti lebih serius kali ini untuk mengambil tindakan terhadap Zulkifli. Kita tidak boleh terima wakil rakyat yang macam ini, sering membuat tindakan yang merugikan parti dan mengelirukan orang islam dan bukan Islam."(HarakahDaily/Hazayani zakaria 25 Jan/). Memang kelakar..sedang jika hendak dibandingkan Zaid dengan Zulkifli mungkin karektor yang dimainkan adalah sama seperti ketika Zaid berada dalam UMNO dahulu. Zaid seperti mana yang diketahui semasa dalam UMNO dahulu juga sering menimbulkan kontroversi dan membuat tindakan yang merugikan parti bak kata orang 'seperti menanggung biawak hidup'. Namun pujian perlu diberikan kepada Zulkifli yang bertindak benar-benar sebagai wakil rakyat kerana berani memperjuangkan sesuatu yang bersifat umum dan menyeluruh meskipun tindakan tersebut tidak selari dengan dasar PKR. Manakala Zaid pula pernah bertindak seperti 'Robinhood' untuk membela hakim-hakim yang sudah kaya yang mengikutnya terinaya dengan mendapatkan ex-gratia daripada kerajaan. Berjuta wang rakyat dibelanjakan untuk itu yang sepatutnya boleh diberikan kepada ramai lagi orang-orang miskin dan memerlukan yang ada di Malaysia yang belum dapat pembelaan. Seperti mana yang kita sering sebut kebelakangan ini iaitu 'TAHAP TINGGI'...bagi Zaid kelihatannya semua orang tidak faham tentang undang-undang dan baginya undang-undang yang dia fahami boleh menyelesaikan segala masalah..tanpa berfikir dari sudut serta ilmu yang berbeza sama ada dari segi fiqh, usul fiqh, mantiq, akhlak, ilmu kalam, tasaawuf dan sebagainya.

PENYOKONG PAS BIADAP!

Seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Johor berasa amat sedih atas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar pada 22 Januari 2010 yang lalu. Bagi pihak seluruh warga Pemuda Pagoh mengucapkan takziah kepada Keluarga diraja Johor atas kehilangan tersebut. Namun dalam pada kita bersedih dan berkabung kita dikejutkan! oleh tulisan ADUKATARUNA dalam blognya yang amat mengguris hati kita sebagai rakyat Johor apatah lagi di pihak almarhum Sultan Iskandar. Tidak sanggup untuk kita membaca apatah lagi memetik tulisan tersebut untuk dipaparkan bagi menunjukkan betapa BIADAP & KURANG AJAR nya ADUKATARUNA. Apa yang paling mendukacitakan ialah ADUKATARUNA secara jelas menyatakan bahawa beliau adalah penyokong Pas, iaitu sebuah parti yang kononnya berteraskan Islam dalam perjuangannya justeru, adakah ini hasil didikan dan akhlak orang yang kononnya memperjuangkan Islam? Namun jika difikirkan adalah tidak pelik, sekiranya orang seperti ADUKATARUNA bersikap demikian mentelahan pemimpin mereka yang kononnya berstatus Tok Guru juga sering CELUPAR dan mengeluarkan kenyataan yang MENGELIRUKAN. Inilah menifestasi sebenar akhlak mereka yang hanya menggunakan Islam untuk survival politik murahan mereka. Umum mengetahui bahawa Rasulullah diutuskan bukan hanya untuk menyampaikan risalah iman tetapi berserta akhlak yang mulia. Sifat akhlak yang mulia inilah yang menjadi asas keimanan yang teguh dan dapat menarik ramai yang bukan Islam untuk memeluk Islam disebabkan keindahan akhlak serta pekerti mulia yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.
DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!

Thursday, January 21, 2010

MANA PKR & DAP!!!

Kita amat bersimpati apabila enam pelajar Sekolah Menengah Chun Ling didapati lemas selepas perahu naga yang dinaiki 17 orang termasuk guru tenggelam di perairan Lebuh Macalom. Namun situasi, senario dan tindakan terutama daripada pihak pembangkang berkaitan dengan kemalangan yang berlaku amat berbeza berbanding peranan yang mereka mainkan ketika kemalangan yang berlaku di Kuala Dipang tidak lama dahulu. Mereka menghasut ibu bapa agar menyaman kerajaan atas peristiwa yang berlaku. Tetapi mengapa tindakan seperti itu tidak diambil dalam kemalangan ini? Ini menunjukkan bahawa pihak pembangkang sememangnya melakukan tindakan tersebut semata-mata untuk meraih kepentingan politik bukannya ikhlas untuk membantu keluarga mangsa yang dalam kesedihan.

Saturday, January 9, 2010

ISU KALIMAH ALLAH: SEMUA PIHAK PERLU BERTENANG

Isu penggunaan nama Allah yang baru di putuskan oleh mahkamah mungkin telah menyebabkan sesetengah pihak rasa amat kecewa sehingga bertindak di luar batasan undang-undang sehingga membawa kepada peristiwa membakar gereja baru-baru ini. Pemuda pagoh meskipun tidak berasa gembira atas keputusan mahkamah tersebut menyatakan pendirian di sini bahawa tindakan merosakkan dan menceroboh tempat ibadat agama lain adalah merupakan suatu kesalahan di sisi agama Islam dan juga undang-undang negara. Pemuda Pagoh menyeru agar semua pihak bertenang dan mengawal perasaan serta meminta pihak-pihak yang berkenaan yang selama ini sengaja untuk menguji serta mencabar kesabaran umat Islam di negara ini menghentikan 'dakwah kotor' mereka. Namun begitu kita jangan lupa bahawa terdapat juga surau yang telah 'dicemari' dalam insiden baru-baru ini. Oleh itu jika insiden seperti ini tidak ditangani, kita percaya bahawa perkara yang lebih buruk boleh berlaku. Pihak yang menjadi punca kepada permasalahan ini perlulah bertanggungjawab sepenuhnya untuk meredakan keadaan yang berlaku sekarang. Pemuda Pagoh amat bersetuju dengan gesaan Dr. Mahathir supaya masyarakat Malaysia tidak dipaksa bersetuju dengan pandangan terbuka berhubung isu sensitif tertentu yang diterima dan diamalkan oleh beberapa negara maju. Kita telah pun muncul sebagai sebuah negara maju dalam acuan kita sendiri dan ini tidak bermakna kita perlu bersikap terlalu bebas sehingga menyamakan Allah kita dengan tuhan mereka.

Friday, January 1, 2010

PERUTUSAN KETUA PEMUDA PAGOH SEMPENA TAHUN BARU 2010

Akm buat sahabat-sahabat sekalian,
tahun 2009 telah melabuhkan tirainya dan meninggalkan kita yang sudah pasti tidak akan dapat diulang semula. Pepatah arab mengatakan bahawa masa itu umpama pedang, kiranya kita tidak mendahuluinya maka sudah pasti kita akan dipotong olehnya. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat di peringkat jawatankuasa Pemuda bahagian serta cawangan atas kerjasama mantap yang telah diberikan dalam setiap program yang diadakan sama ada program bahagian, pemuda, wanita, puteri mahupun juga diperingkat cawangan. Insyaalah pada tahun 2010 ini pelbagai program telah dirancang untuk dilaksanakan oleh biro-biro yang berkenaan. Dalam kesempatan ini juga saya ingin menyeru agar kita sentiasa memperkukuhkan ukhwah dikalangan kita kerana pada masa ini kita sering diasak oleh pihak-pihak tertentu yang sering mempertikaikan hak serta keistimewaan kita yang telah tercatat dalam perlembagaan, usahlah kita bergaduh sesama sendiri, fitnah memfitnah dan membawa perpecahan dikalangan ahli. Sekarang adalah masa untuk bekerja bukan masa berkempen untuk politik individu.
Sahabat-sahabt yang dikasihi sekalian,
kita juga amat memahami bahawa ekonomi negara masih lagi belum pulih dari kegawatan sepenuhnya justeru itu marilah kita sama-sama berjimat cermat dan merancang kewangan terutama kewangan keluarga dengan betul dengan mengelakkan pembaziran. Pemuda bahagian buat pengetahuan semua, tidak mempunyai dana yang cukup untuk membantu sahabat-sahabat di cawangan, tetapi akan sentiasa berusaha memenuhi permintaan yang sesuai untuk dilaksanakan diperingkat cawangan. Bagi peluang ekenomi pula pemuda bahagian sudah tentu tidak dapat untuk memberi pekerjaan kepada setiap ahli tetapi kami berjanji akan memberikan sebanyak mungkin maklumat yang diperlukan oleh ahli yang mana dengan maklumat tersebut sahabat-sahabat sekalian dapat menggunakannya untuk mempertingkat serta menambah ekonomi masing-masing.
Sahabat-sahabat sekalian,
Ingatlah bahawa antara perjuangan kita ialah untuk meletakkan Islam itu berada di tempat yang paling mulia. Oleh itu saya menyeru diri saya dan sahabat-sahabat sekalian marilah kita mengamalkan semula amalan-amalan yang mungkin telah kita ringankan sebelum ini terutamanya dalam ibadat-ibadat wajib seperti solat 5 waktu. Marilah kita memakmurkan semula masjid-masjid dan suaru yang telah lesu dengan selalu mengunjunginya serta melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan.
Dalam pendidikan kepada anak-anak pula, marilah kita memberi perhatian sepenuhnya terhadap pendidikan mereka. Marilah kita sama-sama membantu guru-guru di sekolah untuk menjadikan anak-anak kita manusia yang berjaya pada masa akan datang bukan sahaja di dunia malah juga di akhirat.
Sahabat-sahabat sekalian...
Sekarang adalah masa untuk bekerja. Dalam perhimpunan agung yang lalu Presiden parti telah menetapkan bahawa KPI kita adalah berdasarkan pertambahan ahli serta mendaftarkan pengundi muda. Sudahkah kita berusaha untuk mencapai KPI tersebut...Oleh itu kita perlu merangka perancangan yang rapi serta bertindak dengan cara yang berkesan untuk mencapai matlamat tersebut..akhir kalam saya selaku Ketua Pemuda ingin memohon kemaafan atas segala kekurangan dan kesalahan yang saya lakukan sama ada sengaja mahupun yang tidak disengajakan.
Sekian, wasalam.
HJ. ISMAIL BIN MOHAMAD
KETUA PEMUDA UMNO
BAHAGIAN PAGOH.

MENYAMBUT TAHUN BARU YANG MENYEDIHKAN

Akm buat saudara-saudara muslim sekalian selamat menyambut kedatangan tahun baru 2010 semoga semangat perjuangan untuk membela agama dan bangsa dapat kita teruskan dengan lebih baik lagi. Namun mood menyambut tahun baru terencat apabila keputusan mahkamah membenarkan pemakaian penggunaan perkataan ALLAH kepada pihak gereja katholik dan ini amat-amat mengguris perasaan kita sebagai umat Islam. Sekian lama kita merdeka dan Islam diiktiraf sebagai agama resmi negara dan agama lain bebas untuk mengamalkan agama mereka, rupa-rupanya inilah menifestasi kebebasan yang sesetengah pihak inginkan sehingga sanggup menggadai maruah Islam. Benarlah seperti yang disebut dalam al-Quran bahawa golongan yahudi dan nasrani akan sentiasa berusaha menarik kita untuk mengikut mereka dengan apa jua cara sekalipun. Kita perlu menegaskan bahawa hakim yang membuat keputusan ini mungkin terkhilaf dan kita perlu berusaha diperingkat perundangan dan mahkamah seterusnya untuk memastikan agar maruah Islam dapat dipertahankan. Keputusan mahkamah yang lalu juga di lihat memihak kepada kempen politik murahan DSA@PKR yang AMAT BERSETUJU bahawa perkataan ALLAH boleh digunakan oleh agama lain. Justeru semua orang yang MENYOKONG DAN BERSENGKOKOL DENGAN DSA@PKR ADALAH MERUPAKAN PENGKHIANAT ISLAM . Kita juga tertanya-tanya mana pula suara PAS yang kononnya parti yang berteraskan dan memperjuangkan Islam dalam isu ini. Adakah demi survival politik murahan, maruah agama menjadi galang gantinya??
FIKIR-KIKIRKANLAHH...SIAPA LAWAN, SIAPA KAWAN & SIAPA PEJUANG....
ALLAHUAKBAR! 3 X.