Friday, January 1, 2010

PERUTUSAN KETUA PEMUDA PAGOH SEMPENA TAHUN BARU 2010

Akm buat sahabat-sahabat sekalian,
tahun 2009 telah melabuhkan tirainya dan meninggalkan kita yang sudah pasti tidak akan dapat diulang semula. Pepatah arab mengatakan bahawa masa itu umpama pedang, kiranya kita tidak mendahuluinya maka sudah pasti kita akan dipotong olehnya. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat di peringkat jawatankuasa Pemuda bahagian serta cawangan atas kerjasama mantap yang telah diberikan dalam setiap program yang diadakan sama ada program bahagian, pemuda, wanita, puteri mahupun juga diperingkat cawangan. Insyaalah pada tahun 2010 ini pelbagai program telah dirancang untuk dilaksanakan oleh biro-biro yang berkenaan. Dalam kesempatan ini juga saya ingin menyeru agar kita sentiasa memperkukuhkan ukhwah dikalangan kita kerana pada masa ini kita sering diasak oleh pihak-pihak tertentu yang sering mempertikaikan hak serta keistimewaan kita yang telah tercatat dalam perlembagaan, usahlah kita bergaduh sesama sendiri, fitnah memfitnah dan membawa perpecahan dikalangan ahli. Sekarang adalah masa untuk bekerja bukan masa berkempen untuk politik individu.
Sahabat-sahabt yang dikasihi sekalian,
kita juga amat memahami bahawa ekonomi negara masih lagi belum pulih dari kegawatan sepenuhnya justeru itu marilah kita sama-sama berjimat cermat dan merancang kewangan terutama kewangan keluarga dengan betul dengan mengelakkan pembaziran. Pemuda bahagian buat pengetahuan semua, tidak mempunyai dana yang cukup untuk membantu sahabat-sahabat di cawangan, tetapi akan sentiasa berusaha memenuhi permintaan yang sesuai untuk dilaksanakan diperingkat cawangan. Bagi peluang ekenomi pula pemuda bahagian sudah tentu tidak dapat untuk memberi pekerjaan kepada setiap ahli tetapi kami berjanji akan memberikan sebanyak mungkin maklumat yang diperlukan oleh ahli yang mana dengan maklumat tersebut sahabat-sahabat sekalian dapat menggunakannya untuk mempertingkat serta menambah ekonomi masing-masing.
Sahabat-sahabat sekalian,
Ingatlah bahawa antara perjuangan kita ialah untuk meletakkan Islam itu berada di tempat yang paling mulia. Oleh itu saya menyeru diri saya dan sahabat-sahabat sekalian marilah kita mengamalkan semula amalan-amalan yang mungkin telah kita ringankan sebelum ini terutamanya dalam ibadat-ibadat wajib seperti solat 5 waktu. Marilah kita memakmurkan semula masjid-masjid dan suaru yang telah lesu dengan selalu mengunjunginya serta melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan.
Dalam pendidikan kepada anak-anak pula, marilah kita memberi perhatian sepenuhnya terhadap pendidikan mereka. Marilah kita sama-sama membantu guru-guru di sekolah untuk menjadikan anak-anak kita manusia yang berjaya pada masa akan datang bukan sahaja di dunia malah juga di akhirat.
Sahabat-sahabat sekalian...
Sekarang adalah masa untuk bekerja. Dalam perhimpunan agung yang lalu Presiden parti telah menetapkan bahawa KPI kita adalah berdasarkan pertambahan ahli serta mendaftarkan pengundi muda. Sudahkah kita berusaha untuk mencapai KPI tersebut...Oleh itu kita perlu merangka perancangan yang rapi serta bertindak dengan cara yang berkesan untuk mencapai matlamat tersebut..akhir kalam saya selaku Ketua Pemuda ingin memohon kemaafan atas segala kekurangan dan kesalahan yang saya lakukan sama ada sengaja mahupun yang tidak disengajakan.
Sekian, wasalam.
HJ. ISMAIL BIN MOHAMAD
KETUA PEMUDA UMNO
BAHAGIAN PAGOH.

No comments: