Saturday, January 9, 2010

ISU KALIMAH ALLAH: SEMUA PIHAK PERLU BERTENANG

Isu penggunaan nama Allah yang baru di putuskan oleh mahkamah mungkin telah menyebabkan sesetengah pihak rasa amat kecewa sehingga bertindak di luar batasan undang-undang sehingga membawa kepada peristiwa membakar gereja baru-baru ini. Pemuda pagoh meskipun tidak berasa gembira atas keputusan mahkamah tersebut menyatakan pendirian di sini bahawa tindakan merosakkan dan menceroboh tempat ibadat agama lain adalah merupakan suatu kesalahan di sisi agama Islam dan juga undang-undang negara. Pemuda Pagoh menyeru agar semua pihak bertenang dan mengawal perasaan serta meminta pihak-pihak yang berkenaan yang selama ini sengaja untuk menguji serta mencabar kesabaran umat Islam di negara ini menghentikan 'dakwah kotor' mereka. Namun begitu kita jangan lupa bahawa terdapat juga surau yang telah 'dicemari' dalam insiden baru-baru ini. Oleh itu jika insiden seperti ini tidak ditangani, kita percaya bahawa perkara yang lebih buruk boleh berlaku. Pihak yang menjadi punca kepada permasalahan ini perlulah bertanggungjawab sepenuhnya untuk meredakan keadaan yang berlaku sekarang. Pemuda Pagoh amat bersetuju dengan gesaan Dr. Mahathir supaya masyarakat Malaysia tidak dipaksa bersetuju dengan pandangan terbuka berhubung isu sensitif tertentu yang diterima dan diamalkan oleh beberapa negara maju. Kita telah pun muncul sebagai sebuah negara maju dalam acuan kita sendiri dan ini tidak bermakna kita perlu bersikap terlalu bebas sehingga menyamakan Allah kita dengan tuhan mereka.

No comments: