Monday, January 25, 2010

ZAID IBRAHIM VS ZULKIFLI NORDIN

Kelakar bila membaca kenyataan ahli MPT PKR Datuk Zaid Ibrahim yang menyokong tindakan disiplin ke atas YB Zulkifli Nordin kerana didakwa sering membuat tindakan yang melampau. "Saya harap parti lebih serius kali ini untuk mengambil tindakan terhadap Zulkifli. Kita tidak boleh terima wakil rakyat yang macam ini, sering membuat tindakan yang merugikan parti dan mengelirukan orang islam dan bukan Islam."(HarakahDaily/Hazayani zakaria 25 Jan/). Memang kelakar..sedang jika hendak dibandingkan Zaid dengan Zulkifli mungkin karektor yang dimainkan adalah sama seperti ketika Zaid berada dalam UMNO dahulu. Zaid seperti mana yang diketahui semasa dalam UMNO dahulu juga sering menimbulkan kontroversi dan membuat tindakan yang merugikan parti bak kata orang 'seperti menanggung biawak hidup'. Namun pujian perlu diberikan kepada Zulkifli yang bertindak benar-benar sebagai wakil rakyat kerana berani memperjuangkan sesuatu yang bersifat umum dan menyeluruh meskipun tindakan tersebut tidak selari dengan dasar PKR. Manakala Zaid pula pernah bertindak seperti 'Robinhood' untuk membela hakim-hakim yang sudah kaya yang mengikutnya terinaya dengan mendapatkan ex-gratia daripada kerajaan. Berjuta wang rakyat dibelanjakan untuk itu yang sepatutnya boleh diberikan kepada ramai lagi orang-orang miskin dan memerlukan yang ada di Malaysia yang belum dapat pembelaan. Seperti mana yang kita sering sebut kebelakangan ini iaitu 'TAHAP TINGGI'...bagi Zaid kelihatannya semua orang tidak faham tentang undang-undang dan baginya undang-undang yang dia fahami boleh menyelesaikan segala masalah..tanpa berfikir dari sudut serta ilmu yang berbeza sama ada dari segi fiqh, usul fiqh, mantiq, akhlak, ilmu kalam, tasaawuf dan sebagainya.

No comments: