Wednesday, December 31, 2008

KEKEJAMAN YAHUDI DI PALESTIN

Asalamualaikum..Saudara-saudara sekalian..
Pada ketika ini jet-jet pejuang Israel terus memperhebatkan serangan di Genting Gaza malahan kereta-kereta kebal serta kekuatan serangan darat sedang dipersiapkan dan pada bila-bila masa akan menyerang Gaza. Serangan Israel yang bermula sabtu lalu telah mengorbankan lebih 300 orang dan ribuan yang lain cedera terutamanya kanak-kanak serta wanita. Justeru sebagai saudara muslim marilah kita bersama-sama mengutuk serangan yahudi tersebut..hulurkanlah bantuan yang seikhlas mungkin kepada saudara-saudara kita di Palestin. Selain daripada itu marilah kita sama-sama melakukan solat hajat di masjid-masjid & surau bagi meminta pertolongan Allah. Kita juga perlu bertindak memulaukan produk & juga syarikat-syarikat yang mempunyai hubungan dengan Israel serta yang menyokong mereka jika perlu.
Pemuda Umno Bahagian Pagoh menyokong penuh kenyataan Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir yang menyeru supaya masyarakat Islam di seluruh dunia mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya kekejaman itu serta menolak setiap kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis terbabit.
Oleh itu marilah kita menginsafi serta menghargai keamanan yang wujud di Negara Malaysia yang amat kita cintai ini. Marilah kita sama-sama memelihara anugerah ini dengan cara bersatu padu demi agama , bangsa & negara..HIDUP PALESTIN !!!ALLAHU AKBAR!!!

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1430H & 2009M



UCAPAN ALU-ALUAN KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN PAGOH SEMPENA TAHUN BARU 1430H & 2009M

Assalamualaikum..Saudara-saudara yang dihormati..
Saya bersama-sama Naib Ketua dan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinnya kita dapat bersua dilaman blog Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pagoh sempena dengan Awal Muharam, 1430 Hijrah dan Tahun Baru Masihi 2009.

Saya juga merakamkan ucapan tahniah kepada Ketua Pergerakan Pemuda Cawangan, Naib Ketua dan Ahli Jawatankuasa Pemuda Cawangan yang telah terpilih semasa pemilihan yang lalu. Ucapan terima kasih juga kepada para perwakilan yang menghadiri Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda 2008 yang lalu dan memilih barisan kepimpinan yang mantap dan mewakili zon masing-masing. Proses pemilihan yang berjalan dengan lancar dan membuktikan kematangan perwakilan pemuda bijak membuat keputusan.

Selaku Ketua, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ketua UMNO Cawangan, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan dan ahli-ahli sekelian yang telah memberikan kepercayaan kepada saya dan rakan-rakan bagi menerajui kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pagoh.

Saudara-saudara sekalian,

Alhamdulilah, proses pemilihan diperingkat cawangan dan bahagian telah selesai diadakan. Kini kita menanti pemilihan diperingkat pusat. Tempoh kempen yang lama ini memberi ruang untuk kita mengenalpasti calon-calon yang layak dipilih. Kita memahami, tempoh kempen yang lama ini juga menjejaskan proses pemulihan kepercayaan rakyat kepada Barisan Nasional. Sehubungan dengan itu, walaupun kesebukan pemimpin kita untuk mendapatkan tempat dipelbagai jawatan diperingkat atasan, pemimpin diakar umbi seharusnya boleh memainkan peranan untuk menguatkan lagi jentera peringkat BN diperingkat cawangan dan bahagian.

Pemilihan ini dipelbagai peringkat dalam UMNO merupakan proses demokrasi yang telah terjalin dalam perlembagaan parti kita. Apapun sama ada kita berjaya mewujudkan barisan kepimpinan yang kuat atau tidak ia bergantung sejauh manakah ahli-ahli UMNO menggunakan kebijasanaan saudara-saudara untuk memilih pemimpin dalam pemilihan kali ini. Harapan kita perwakilan perlu memilih pemimpin yang benar-benar berani untuk menyuarakan kebenaran, sentiasa mendengar suara akar umbi dan mempunyai semangat pejuangan UMNO yang tinggi. Ini bermakna, ahli-ahli UMNO harus menolak mana-mana calon atau pemimpin yang bertanding dengan menggunakan ‘tiket ekspres’ bagi menduduki jawatan tertentu dalam parti sama ada di Peringkat Majlis Tertinggi, Pemuda, Bahagian dan cawangan. Ini kerana jika pemimpin dipilih menggunakan laluan express ia bermakna pemimpin itu tidaklah sekuat mana dan kemungkinan terlalu longgar perjuangannya terhadap akar umbi.

Pemimpin yang bakal dipilih biarlah pemimpin yang bermula dari bawah dan sudah benar-benar sebati dengan hati nurani rakyat diperingkat bawah. Apa yang penting ahli-ahli UMNO yang berhasrat memilih pemimpin yang kuat perlu memahami sentimen rakyat.

Ini bukannya pemilihan yang semata-mata untuk mencari barisan kepimpinan untuk mengendalikan UMNO tetapi lebih penting daripada itu untuk memastikan UMNO sebagai tunjang pemerintahan Negara tidak tergugat. Pergerakan pemuda UMNO Bahagian sangat menggalakkan pemuda untuk terlibat dalam politik tetapi politik dalam ertikata sebenar bukan untuk mengejar jawatan. Bila berebut jawatan sudah tentu lah ada agendanya, takkan lah kita hendak rebut jawatan yang kita tahu ada tanggungjawab berat yang harus dipikul oleh orang yang menyandangnya. Jadi kita hendak tarik orang muda masuk Pemuda yang faham bahawa politik sebenar adalah politik untuk menjaga kepentingan rakyat.

Sehubungan dengan itu, dikesempatan ini juga saya merayu kepada para perwakilan UMNO, jayakan perhimpunan agung ini dengan penuh tertib dan mematuhi segala ketetapan perhimpunan. Jika ada diantara kita telah diberi habuan untuk memilih pemimpin tertentu, fikirkanlah semula. Adakah diri kita atau jatidiri kita ini boleh dinilai dengan wang ringgit atau sesuatu habuan. Saya yakin para perwakilan sekelian telah matang dan mampu memikirkan nasib bangsa kita yang hari ini kian tercabar.


Saudara-saudara sekelian,

Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pagoh telah menggariskan gerak kerja bagi memastikan kelancaran pentadbiran Pemuda diperingkat akar umbi. Setiap Ahli Jawatankuasa akan mengetuai 5 atau 6 buah cawangan dan aktiviti akan dilaksanakan mengikut keperluan zon masing-masing. Program yang disusun ini diharap memenuhi kehendak ahli-ahli pemuda dan belia dikawasan masing-masing. Program yang dirancang tidak terhad kepada aktiviti sukan sahaja, malahan program ekonomi, pendidikan, keagamaan dan sosial juga perlu dirancang dan dilaksanakan. Kita juga telah mewujudkan program ‘Pemuda Perihatin.’ Antara program yang telah dilaksanakan adalah membantu ahli pemuda yang bermasalah, membiayai yuran sekolah untuk pelajar sekolah yang miskin, bantuan untuk Fakir miskin dan membantu menghubungkan permasalahan kemudahan masyarakat dengan jabatan-jabatan terlibat.

Kami juga mengharapkan, pelayar-pelayar laman blog sudi berkongsi maklumat dan berkomunikasi dengan blog kami ini. Kami mewujudkan laman blog ini bagi berkomunikasi, berkongsi pendapat dan mendapatkan maklumat dengan saudara sekalian. Pengendali laman blog Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pagoh diuruskan oleh Saudara Mohd Zaid Abd Rahman. Kami penuh yakin beliau akan berurusan dengan saudara dengan penuh didikasi dan mampu berkongsi pendapat dan maklumat yang mempunyai akses terus kepada saya sebagai ketua.

Harapan kami sepanjang tahun 2009, pelbagai program dapat diatur dan memenuhi citarasa ahli-ahli pergerakan pemuda. Akhir sekali, saya bersama-sama Naib Ketua dan Ahli Jawatankuasa Pemuda Bahagian mendoakan pergerakan pemuda UMNO cawangan saudara akan berjalan dengan lancar dan jayanya demi kepentingan Agama , bangsa dan Negara. Dengan kata-kata yang demikian saya sudahi dengan Wabilah hitaufik Walhidayah Walsalam mualaikum Warahmatuallah Hi wabarakahtu.

Saya dengan hormatnya,

HJ ISMAIL BIN HJ MOHAMED
Ketua Pergerakan Pemuda
UMNO Bahagian Pagoh

Thursday, December 25, 2008

BENGKEL PENGURUSAN & PENTADBIRAN








Alhamdulillah..pada 28-29 November 2008 bertempat di Hotel Singgahsana PJ, Selangor, Program bengkel pengurusan dan pentadbiran untuk meningkatkan kecekapan telah diadakan. Tahniah diucapkan kepada Tn.Hj Ismail bin Mohamad kerana berjaya menganjurkan kursus ini.
Menurut Tn Hj.Ismail, kursus ini amat penting diadakan bagi memberi pendedahan kepada semua ketua2 pemuda cawangan untuk mengurus di peringkat cawangan. Meskipun melibatkan perbelanjaan yang agak besar namun ianya berbaloi kerana respon yang diterima dari para peserta amat baik sekali. Para peserta juga amat beruntung kerana program ini telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Hj.Muhyidin bin Hj. Mohd Yassin; Naib Presiden UMNO Malaysia merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Turut mengiringi beliau ialah Dr Saharudin bin Md.Saleh ADUN Jorak. Semoga dengan adanya program yang sebegini dapat memantapkan lagi pengurusan pemuda umno bahagian pagoh terutamanya di peringkat cawangan..

Saturday, November 22, 2008

KONTRAK SOSIAL

Akm... Pemuda Umno Pagoh (PUP) rasa terpanggil untuk membahaskan tentang persoalan isu KONTRAK SOSIAL di Malaysia. PUP merasakan bahawa kontrak sosial yang kita meterai selama ini hanya memberi kelebihan kepada kaum India & Cina. Malah generasi muda bagi kedua-dua kaum ini melihat bahawa kontrak sosial yang dipersetujui satu ketika dulu adalah sudah tidak relevan dengan memperjuangkan hak sama rata. Bagi pendapat PUP; orang Melayu umpama tuan rumah yang tidak punyai kuasa di rumahnya sendiri sehingga tetamu sewenang-wenangnya cuba membuat peraturan serta permainan mereka sendiri..malah yang sedihnya orang Melayu masih tidak sedarkan diri dengan bercakaran sesama sendiri. Apa yang lebih menakutkan kita mengabaikan tuntutan agama, institusi keluarga yang semakin longgar dan tiadanya sifat cintakan ilmu serta semangat bersaing. Justeru mari kita hayati apakah kontrak sosial yang dimaksudkan serta marilah kita sama-sama fikir-fikirkan dengan penuh kesedaran:
Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14–18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera. Istilah ini juga kekadang digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian yang lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.
Dalam konteks biasa yang berkaitan dengan
hubungan ras, kontrak sosial telah kerap kali dibidaskan, termasuk juga oleh ahli-ahli politik dalam kerajaan campuran Barisan Nasional yang menegaskan bahawa tidak habis-habis bercakap tentang hutang orang-orang bukan Melayu kepada orang-orang Melayu terhadap kewarganegaraan yang diberikan telah merenggangkan golongan-golongan bukan Melayu daripada negara mereka. Kritikan-kritikan seumpama ini telah ditentang oleh media Melayu dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti politik yang terbesar dalam Barisan Nasional. Banyak orang Melayu, biasanya daripada UMNO, telah mempergunakan kontrak sosial ini untuk mempertahankan prinsip Ketuanan Melayu.(http://ms.wikipedia.org/wiki/Kontrak_Sosial_di_Malaysia)

Thursday, November 13, 2008

PENYAMBUT TETAMU

























Majlis sambutan hari raya di rumah Ketua Bahagian Umno Bahagian Pagoh; YB Tan Sri Muhyidin b. Yasin di Bukit damansara.

TANGGUNGJAWAB MELAKSANAKAN AMANAH






Sekitar Mesyuarat AJK kali I & Majlis Angkat Sumpah
Tarikh: 9 November 2008

Tempat: Seri Pekembar
Jam: 9 malam
Alhamdulillah.. Pemuda Umno Pagoh telah dapat menunaikan tanggungjawab melaksanakan mesyuarat AJK kali I bagi sesi 2008-2011. AJK juga turut rasa berbesar hati dengan kehadiran Sdr Tn. Hj. Hatta b. Mohamad mantan Ketua Pemuda yang juga merangkap Naib Ketua Umno bahagian Pagoh yang baru. Ketua Pemuda Tn Hj. Ismail b. Mohamad melahirkan rasa bersyukur serta harapan agar semua pegawai dan juga biro-biro yang telah dilantik melaksanakan tanggungjawab masing-masing demi agama, bangsa dan negara.Amin.






Wednesday, November 12, 2008

MEREMAJAKAN UMNO...

Amat menarik apabila pemimpin-pemimpin UMNO mengeluarkan kenyataan untuk meremajakan UMNO...realistik atau sekadar retorik? Kalau berdasarkan akal dan fakta..masa remaja hanya sekali dalam hidup seseorang dan tak mungkin berulang..justeru dalam konteks meremajakan UMNO, pendekatan apakah yang boleh merealisasikan hasrat tersebut...