Saturday, November 22, 2008

KONTRAK SOSIAL

Akm... Pemuda Umno Pagoh (PUP) rasa terpanggil untuk membahaskan tentang persoalan isu KONTRAK SOSIAL di Malaysia. PUP merasakan bahawa kontrak sosial yang kita meterai selama ini hanya memberi kelebihan kepada kaum India & Cina. Malah generasi muda bagi kedua-dua kaum ini melihat bahawa kontrak sosial yang dipersetujui satu ketika dulu adalah sudah tidak relevan dengan memperjuangkan hak sama rata. Bagi pendapat PUP; orang Melayu umpama tuan rumah yang tidak punyai kuasa di rumahnya sendiri sehingga tetamu sewenang-wenangnya cuba membuat peraturan serta permainan mereka sendiri..malah yang sedihnya orang Melayu masih tidak sedarkan diri dengan bercakaran sesama sendiri. Apa yang lebih menakutkan kita mengabaikan tuntutan agama, institusi keluarga yang semakin longgar dan tiadanya sifat cintakan ilmu serta semangat bersaing. Justeru mari kita hayati apakah kontrak sosial yang dimaksudkan serta marilah kita sama-sama fikir-fikirkan dengan penuh kesedaran:
Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14–18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera. Istilah ini juga kekadang digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian yang lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.
Dalam konteks biasa yang berkaitan dengan
hubungan ras, kontrak sosial telah kerap kali dibidaskan, termasuk juga oleh ahli-ahli politik dalam kerajaan campuran Barisan Nasional yang menegaskan bahawa tidak habis-habis bercakap tentang hutang orang-orang bukan Melayu kepada orang-orang Melayu terhadap kewarganegaraan yang diberikan telah merenggangkan golongan-golongan bukan Melayu daripada negara mereka. Kritikan-kritikan seumpama ini telah ditentang oleh media Melayu dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti politik yang terbesar dalam Barisan Nasional. Banyak orang Melayu, biasanya daripada UMNO, telah mempergunakan kontrak sosial ini untuk mempertahankan prinsip Ketuanan Melayu.(http://ms.wikipedia.org/wiki/Kontrak_Sosial_di_Malaysia)

No comments: