Wednesday, December 31, 2008

KEKEJAMAN YAHUDI DI PALESTIN

Asalamualaikum..Saudara-saudara sekalian..
Pada ketika ini jet-jet pejuang Israel terus memperhebatkan serangan di Genting Gaza malahan kereta-kereta kebal serta kekuatan serangan darat sedang dipersiapkan dan pada bila-bila masa akan menyerang Gaza. Serangan Israel yang bermula sabtu lalu telah mengorbankan lebih 300 orang dan ribuan yang lain cedera terutamanya kanak-kanak serta wanita. Justeru sebagai saudara muslim marilah kita bersama-sama mengutuk serangan yahudi tersebut..hulurkanlah bantuan yang seikhlas mungkin kepada saudara-saudara kita di Palestin. Selain daripada itu marilah kita sama-sama melakukan solat hajat di masjid-masjid & surau bagi meminta pertolongan Allah. Kita juga perlu bertindak memulaukan produk & juga syarikat-syarikat yang mempunyai hubungan dengan Israel serta yang menyokong mereka jika perlu.
Pemuda Umno Bahagian Pagoh menyokong penuh kenyataan Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir yang menyeru supaya masyarakat Islam di seluruh dunia mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya kekejaman itu serta menolak setiap kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis terbabit.
Oleh itu marilah kita menginsafi serta menghargai keamanan yang wujud di Negara Malaysia yang amat kita cintai ini. Marilah kita sama-sama memelihara anugerah ini dengan cara bersatu padu demi agama , bangsa & negara..HIDUP PALESTIN !!!ALLAHU AKBAR!!!

2 comments:

zulys said...

w.salam wbt tn hj. pertamanye tahniah n syabas krna melahirkan blog ini. Sudah sekian lama saya menantikannye atas sebab ingin sama-sama menyumbangkan idea mana yang termampu demi KEMAJUAN tanah tumpah tercinta iaitu KG JAWA PANCHOR khususnya n BHG PAGOH amnye. Cukuplah sekadar memperkenalkan diri saye sbagai `mr.perfect` yg berada jauh d perantauan lebih 15 tahun lamanye. D kesempatan ini marilah kita sama2 menginsafi atas apa yg berlaku di bumi palestin..ITUKAH YG KITA MAHUKAN?!!..TIDAK TERFIKIRKAH KITA BAHAWASANYE ITULAH YG AKAN BERLAKU KIRANYE KITA ASYIK LEKA SENTIASA CUBA BERBALAH SESAMA KITA hatta cuma kerana perkara2 yang remeh temeh..berpuluh tahun lamanye.. KENAPA DGN DIRI KITA!! APA SEBENARNYE YG KITA INGINKAN AGAKNYE..SEGALA KEBAIKAN DAN KELEBIHAN TELAH SEDIADA DI M`SIA..APA YG DICARI LAGI? KENAPA KERNA sibuk mencari kelainan KITA SANGGUP KORBANKAN KESEJAHTERAAN YG ada. CONTOHI LAH SEPERTI KATA`WONDER-PET`.APA YG PENTING...KERJASAMA 3 X.AYUH..BANGUNLAH SEMUA MUSLIM MUSLIMAT Jangan takut untuk melebalkan zionis sebagai NEGARA PENGGANAS 3X.

PEMUDA UMNO PAGOH said...

Terima kasih atas keprihatinan sdr..Inilah yg kita inginkan..pertukaran idea..idea yg membina demi bangsa, agama & negara.