Saturday, January 17, 2009

PILIHANRAYA KECIL KT..

Akm..Keputusan pilihanraya kecil KT sekali lagi memperlihatkan suara hati pengundi bahawa memilih pemimpin adalah hak rakyat dalam sebuah negara demokrasi. Meskipun kecewa dengan keputusan tersebut kita perlu menerima bahawa itu adalah kehendak rakyat walaupun dengan majoriti yang tidak kukuh. Persoalan yang timbul ialah mengapa? pengundi memilih pembangkang dan tidak memilih calon UMNO(BN)...Adakah situasi ini disebabkan oleh reputasi UMNO? dasar2 yang tidak mesra rakyat? Kredibiliti calon? Cara kempen yang ketinggalan zaman? atau percaturan cerdik politik rakyat KT? Apakah komen anda?

2 comments:

anakumno said...

Akm..kwn rasa BN kalah d KT sebab org UMNO fikir material adalah segala-galanya..cara berkempen dgn projek juta2 rakyat dah x heran..sekarang ni pengundi mengutamakan CALON..bukan mcm dulu..org ckp BN klu letak lembu sbg calon pun boleh menang..sekarang tidakkk..tp bg org umno.. cthnya kenyataan mike tyson mengatakan klu soal peribadi calon itu isu remeh temeh..inilah yg x dpt disedari oleh BN..sekarang ni faktor CALON adalah paling utama..patutnya cari org yg benar2 boleh diterima oleh pengundi..x kan x de org lain.. smpi dh jadi senator & timbalan menteri pun sanggup berhenti nak jadi calon..patutnya ukur le baju kat badan sendiri bebbb..ape hal pun ni pendapt aku jee..

mesrarakyat said...

Salam ukwh..mgkn betul ckp anakumno tu..ialah klu kite tgk akhlak org Islam skrng ni dah terikut2 cara barat..dgn fesyen pakaian smpi le cara hidup n ckp pun dh nak ikut org putih..ambo x fhm lee..apa yg lebih teruk ialah org Islam yg nmpk fizikal islam tp perangai langsung x cerminkan Islam..cara ckpnya..tingkah lakunya..bawa kenderaannya..& mcm2 lg lee..berkenaan BN klh d KT ambo tgk..kempen BN umpama menang sorak kampung tergadai..ape x nye..org dr johor, melaka, selangor yg sibuk2 kempen..org gaanu? mana? rupanya org luar lg ramai dari pengundi..patutnya biarlaa or umno Gaanuu sndr yg atur strtg kempen n pilih calon dia tnpa cmprtgn 'org lain'..org lain buat meriah je udah lee..x pyh nk brkmpng d sana..x de faedah pun..baik berkhdmat d kampung masing2..jadi bg ambo.. org BN x dpt ukur kekuatan sebenar mereka disebabkan terlalu ramai org luar yg menyibuk & bukan calon mengundi..