Sunday, April 19, 2009

GOLONGAN MUDA

.....Benarkah golongan muda antikerajaan? Kalau ya apa sebabnya?
Adakah kerajaan atau pemimpin BN tidak mesra golongan muda?
Adakah kerajaan tidak memenuhi aspirasi golongan ini?
Apakah kehendak golongan muda?
Adakah golongan pemuda tidak ada jati diri hingga terpedaya dengan dakyah pembangkang?....Atau ada sebab-sebab lain...

Berikan pendapat anda... Kerjasama anda amat dialu-alukan.

2 comments:

MUHAMMAD KAMAL DON BIN HAMIDON said...

Assalamualaikum saudara.Tidak semuanya golongan muda anti kerajaan.Jika adapun mungkin rata-ratanya berpunca daripada pengaruh ibu-bapa yang merupakan penyokong parti pembangkang dan juga faktor persekitaran yang menyumbang kepada golongan muda menjadi seorang yang anti kerajaan.Apa yang berlaku pada hari ini adalah kerana golongan muda ini tidak ditanamkan dengan semangat jatidiri yang khusus lebih-lebih lagi dengan konsep ketuanan Melayu yang sudah menjadi madah perjuangan khususnya kepada orang-orang Melayu.Berani saya katakan bahawa tidak semua golongan muda yang tahu apa itu parti UMNO secara khusus yang merupakan parti tonggak kepada pentadbiran negara Malaysia yang tercinta.Dimana UMNO dilahirkan? Siapakah pengasas UMNO? Untuk apa perjuangan UMNO? Kita tentu tahu jawapannya, tetapi golongan muda masakini??? Rata-rata mereka mungkin memberi jawapan yang agak pahit untuk didengar seperti UMNO adalah parti untuk mengaut projek, mengejar kedudukan, mencari populariti, mengamalkan politik wang. Itu sahaja yang tampak dijawab spontan oleh mereka lebih-lagi golongan muda yang mungkin buta sejarah, tercicir dari persekolahan atau jenis yang tidak mahu ambil tahu malahan lebih mementingkan periuk nasi mereka semata-mata tanpa memikirkan langsung keutamaan kepada nasib bangsa mereka.Mereka tidak menganggap bahawa UMNO ini yang merupakan tunjang kerajaan sebagai parti yang penting, berjasa kepada orang-orang Melayu khususnya, keramat, dan mempunyai nilai dan susur galur penceritaan sejarah yang menarik semenjak ditubuhkan pada tanggal 11 hb. Mei 1946.Saudara, tidak dinafikan juga bahawa terdapat juga pemimpin BN yang tidak mesra golongan muda khususnya kepada pemimpin UMNO. Mereka menganggap bahawa golongan muda ini perlu menghormati mereka dan mengikut kehendak mereka.Jika dulu mungkin praktikal.Tetapi kini? Golongan muda sudah matang dengan adanya kecanggihan media cetak dan elektronik serta zaman cyber yang berkehendakkan permintaan serta kehendak mereka juga perlu dipenuhi.Mereka juga mahu dihormati.Bukan setakat mengumpan mereka dengan permainan futsal dan takraw semata-mata.Perlu ada satu alternatif yang lebih praktikal dan fleksibel sesuai dengan kehendak golongan muda.Selain itu saudara, golongan muda yang tergolong dalam golongan Mat Rempit perlu segera didekati bukannya dibenci dan dicemuh serta dijatuhkan satu kesalahan yang amat besar kepada mereka. Dekati mereka kerana mereka merupakan aset terbesar dalam masyarakat hari ini.Cuba saudara fikirkan, mengapa mereka merempit??? Tidak salah jika saya katakan bahawa mereka cuba membuat pengisian dalam hidup mereka akibat tiada aktiviti baik yang terlintas dalam kotak fikiran mereka walaupun kita semua tahu bahawa tindakan mereka itu adalah salah.Kata kuncinya saudara, kita sebagai pemimpin haruslah membuang segala sikap keegoan kita sebagai pemimpin dengan turun ke padang berdamping dengan golongan muda tidak kira siapa mereka bagi menarik perhatian dan minat mereka untuk menyukai kita dengan menganjurkan pelbagai program sihat sesuai dengan jiwa dan citarasa golongan muda masa kini.Ingat saudara, golongan muda ini adalah penentu kepada keputusan Pilihan Raya Umum yang ke 13 nanti. Jika kita masih lena diulit mimpi dengan leka dan mengatakan bahawa kita akan menang selesa pada PRU 13 tanpa mengambil tindakan yang drastik, amat malang dan celakalah bagi kita.Jangan kerana keegoan kita, anak cucu kita akan menyalahkan dan mengencing di atas kubur kita dengan menyatakan bahawa kerana kitalah, nasib bangsa kita binasa.Fikir-fikirkanlah..wasssalam...

apiz said...

Salam..Pada pndapat saya , hanya segelintir golongan muda yang anti kerajaan.Mereka terpengaruh dengan taktik licik yang digunakan oleh pembangkang.Mereka telah mempergunakan golongan bijak pandai untuk mempengaruhi anak muda supaya membenci kerajaan.Memang benar kebanyakan anak muda tidak tahu apa itu Parti UMNO ? yang mereka tahu masuk UMNO dapat projek dapat duit..Gejala politik wang menambah lagi kepercayaan mereka bahawa UMNO parti untuk mengaut untung..Anak muda hari ini adalah pewaris bangsa dan negara..Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk menarik minat dan mendekati anak muda..Kita ketepikanlah seketika pangkat,jawatan, populariti dan keegoan kita untuk mendekati golongan muda ini...Fikirkanlah tentang Agama,bangsa dan negara kita..