Friday, April 10, 2009

TIMBALAN PERDANA MENTERI & MENTERI PELAJARAN

Tahniah dan syabas kepada YB Tan Sri Muhyiddin sempena perlantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Malaysia yang baru. Semoga dengan tugas serta tanggungjawab yang semakin berat dan penting ini YB Tan Sri akan dapat merelisasikan apa yang dikehendaki oleh rakyat. Sebagai menteri pelajaran kekalutan berkaitan dengan PPSMI harap dapat diselesaikan dengan penuh hikmah. Pembelaan terhadap pelajar luar bandar perlu diberikan perhatian. Begitu juga dengan permasalahan disiplin dikalangan pelajar yang semakin kritikal perlukan suatu kaedah dalam menanganinya. Sistem yang berorientasikan peperiksaan perlu kajian semula. Kemahiran berfikir serta inkuiri falsafah(philosopical Inquiry) perlu digunakan secara meluas dalam semua subject untuk mencapai tahap objektif bahavioral yang lebih tinggi antaranya tahap analisis dan sintesis. Antara yang penting ialah kebajikan guru perlu dibela, kemudahan kepada guru perlu ditingkatkan, guru-guru sepatutnya tidak dibebankan lagi  dengan kerja-kerja perkeranian supaya dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada P&P, sistem kenaikan pangkat yang adil serta fleksibel perlu dirangka agar tidak ada golongan guru yang terinaya. Apabila guru dalam keadaan yang selesa insyalah pelajar akan mendapat kebaikannya. Justeru kami amat percaya YB Tan Sri pasti akan dapat memberikan impak yang besar dalam membuat perubahan serta menjayakan sistem pendidikan di negara ini hingga mencapai standard world level. 

"Ilmu itu bukan yang dihafal, tetapi yang memberi manfaat."(As-Syafeii) 

No comments: