Friday, May 15, 2009

SELAMAT HARI GURU

 Tema hari guru pada tahun ini iaitu Guru Pembina Negara Bangsa amat tepat sekali. Bayangkanlah jika tiada guru yang mengajar kita selama ini? Tiada lawyer, jurutera, arkitek dsbg dikalangan kita. Masalah sosial yang mencengkam remaja kita terutama para pelajar kita tidak dapat tidak guru lah orang yang nombor wahid bagi menanganinya selepas ibu bapa. Justeru guru perlu diberi banyak ruang serta kuasa autonomi di sekolah bagi menjalankan tanggungjawabnya sesuai dengan zaman dan cabaran yang mendatang. Kes-kes dimana terdapat segelintir ibu bapa yang menyaman guru untuk mempertahankan anak yang 'sentiasa betul' bagi mereka telah menyebabkan guru tidak lagi menjalankan fungsi mereka sebagai 'mendidik' tetapi hanya sebagai 'mengajar'...manifestasinya ialah sikap para pelajar yang kita lihat pada hari ini. ini semua disebabkan oleh kurangnya penghormatan kepada insan yang bergelar GURU. Sepatutnya masalah yang berlaku di sekolah dijadikan sama keadaannya dalam padang permainan bola sepak..meskipun berlaku kekasaran, tumbuk menumbuk, kesalahan dsbgnya ia diselesaikan di 'PADANG'. Marilah kita sama2 berfirkir sekiranya sebagai ibu bapa yang sudah matang kita sendiri tidak tahu untuk menghormati guru apatah lagi anak-anak kita. Ingatlah!!! 
WAHAI IBU BAPA SEKALIAN.. 

GURU-GURU DI SEKOLAH ITU ADALAH GURU KEPADA ANAK-ANAK KITA..MEMULIAKAN GURU MEREKA SYARAT UTAMA MENUNTUT ILMU & MERUPAKAN TANDA KASIH SAYANG DAN PERIHATIN KITA KEPADA ANAK-ANAK . 

TERIMAAA KASIHHH CIKGUUU.....

3 comments:

yes said...

Saya juga ingin mengucapkan selamat hari guru dia atas jasa anda.
Setelah berkata begitu, saya ingin membawa kepada satu perspectif yang lain. Adakah apa yang terjadi di arena politik hari ini sebagai satu indikator bahawa ada guru guru masa lampau tidak berjaya menerapkan nilai nilai murni ke jiwa anak anak murid mereka. Ramai anak murid masa lampu yang sedang berada di tampok kejayaan dalam berbagai bidang, tetapi jika mereka berpegang kepada nilai murni, segala yang telah dan seddang berlaku di Perak tidaklah akan jadi begitu kalot.

PEMUDA UMNO PAGOH said...

Apa yang berlaku di Perak adalah disebabkan sentimen politik. Ia juga melibatkan soal fahaman serta aliran dan kehendak sesuatu pihak dalam memuaskan serta mencapai apa yang mereka kehendaki dengan mengabaikan nilai akhlak dan nilai moral. Jika kita benar memperjuangkan Islam..Islam mempunyai adab dalam cara menguruskan perbezaan pendapat..Apa yang menjadi masalah ialah sesetengah golongan itu mengaku kononnya memperjuangkan Islam tetapi hakikat amalannya langsung tidak mencerminkan niali-nilai Islam. Mengapa pemimipin seperti Dato Asri di hormati.. kerana beliau berpegang teguh kepada nilai fahaman yang diperjuangkannya..Berbicara tentang nilai pula ia boleh berubah atas desakan masa, persekitaran, keperluan serta fahaman individu dalam masa yang panjang..Cuba kita fikir dan selidiki apakah keutamaan nilai amalan kita sebenarnya adakah benar2 mengikut agama, @ sekular @ Sosialis @ komunis @ hedonism...semuanya kita terima & resapi tanpa kita sedari...