Monday, March 30, 2009

KJ KP BARU


Tahniah Sdr. 
Khairy Jamaluddin atas  kemenangan menjadi KP yang baru. Keputusan ini sekaligus meneruskan tradisi seorang Naib Ketua mengambil alih jawatan Ketua Pemuda Umno. Syabas juga diucapkan kepada semua Perwakilan Pemuda yang telah membuat keputusan yang bijak, matang dan berani . Ini merupakan satu tanggungjawab yang besar untuk Khairy Jamaluddin apabila memikul jawatan yang begitu 'panas' & mencabar. Namun saya penuh yakin dengan kepimpinan beliau yang semakin matang mampu berdepan dan mengatasi  pelbagai isu,persepsi dan fitnah yang  dilemparkan oleh pemimpin pembangkang.
Dalam ucapan penggulungan tempoh hari, Khairy berazam mewujudkan barisan Pemuda yang berani menuntut perubahan dan semangat setiakawan. Saya rasa terharu apabila beliau mengakui kemenangannya bukan majoriti dan menjadi tanggungjawab beliau untuk merapatkan setiakawan dalam pemuda dan menjadikan  pemuda berani dan berani berubah. Bagi kami selagi seseorang pemimpin itu berpegang kepada matlamat perjuangan, dapat memenuhi aspirasi ahli, menjunjung hukum Allah & Rasul dan berperibadi mulia maka sudah pasti sokongan yang tidak berbelah bagi akan kami berikan. Tahniah KJ.

ALLAHUAKBAR!!! 3x
SETIAKAWAN
PEMUDA BERANI
BERANI BERUBAH



1 comment:

rich-jerks said...

Saya sedih dgn pemuda UMNO betapa rendahnya IQ mereka memilih org yg didapati bersalah,lebih-lebih lagi kes rasuah.Seharusnya mereka patut sedar......utk memulihkan parti