Tuesday, March 17, 2009

LEMBAGA DISIPLIN UMNO

Akm..

Mungkin semua telah mengetahui dan sedia maklum berkenaan keputusan lembaga disiplin umno. Cuma kawan nak minta agar semua pihak menerima keputusan dan bertindak secara rasional. Fikirkan tentang perjuangan dan matlamat sebenar kita sebagai ahli umno. Jangan biarkan perasaan dan emosi menguasai diri. Mari kita perkukuhkan ukhwah dan ketepikan semangat assabiyah kenegerian. Perkukuhkan jati diri matlamat perjuangan, jangan sampai ada 'pihak' yang menangguk di air keruh. Semua kita adalah bersaudara..ISLAM..MELAYU..UMNO...jangan kita jadi seperti Pak Kaduk menang sorak kampung tergadai..Kita tak mampu lagi untuk bertelagah kerana ada pihak yang sentiasa menunggu untuk
menjatuhkan kita..
merampas hak kita..
memalukan kita..
menjatuhkan raja-raja kita..
merendahkan agama kita..
melaga-lagakan kita..
dan yang utama menimbulkan kemarahan kitaaa...
Apabila marah akal akan menjadi singkat dan menghasilkan keputusan yang terburu-buru..
FIKIRKANNLAHHH..

HIDUP ISLAM..
HIDUP MELAYU..
HIDUP UMNO..

2 comments:

MUHAMMAD KAMAL DON BIN HAMIDON said...
This comment has been removed by the author.
MUHAMMAD KAMAL DON BIN HAMIDON said...

Tahniah kepada Lembaga disipilin UMNO yang telah menjalankan amanah yang diberikan dengan jayanya. Semoga Lembaga Disiplin UMNO ini akan terus diperkasakan dalam menangani salahlaku dan pelanggaran perlembagaan dalam parti.Syabas.