Monday, March 30, 2009

TAHNIAAH!!! YB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN


Akm...
Tak dapat hendak di gambarkan perasaan apabila mendapat tahu bahawa YB Tan Sri dapat menduduki kerusi Timbalan Presiden Umno...pelbagai perasaan yang datang..gembira, sedih,bangga, terharu, bimbang dsbg.

GEMBIRA..Sebagai orang Pagoh penat lelah selama ini telah terbalas. Kerja keras semua pihak di semua pelosok bahagian... dari Maokil, Bkt. Serampang, Sri Ledang, Bkt Kepong, Kg. Tui, Gersik, Jorak, Pagoh dll tidak sia-sia..

SEDIH..Dengan jawatan yang lebih penting..sudah pasti kebanyakkan masa YB Tan Sri akan lebih banyak diruangkan bagi mentadbir negara. maka dengan itu sudah pasti kekerapan untuk bertemu YB Tan Sri adalah amat terhad. Namun kami amat memahami betapa sibuknya YB Tan Sri pada masa mendatang. Insyaalah kami akan membantu di peringkat akar umbi.

BANGGA..Siapa tidak bangga kalau pemimpin yang disanjung menduduki antara tempat teratas dalam organisasi bukan sahaja di dalam parti bahkan juga dalam kerajaan. Rasa-rasanya bukan sahaja ahli umno bahkan seluruh warga parlimen Pagoh khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya berbangga dengan pencapaian YB Tan Sri.

TERHARU..Dengan sikap yang bersahaja, tenang, sabar dan berani YB Tan Sri sentiasa bertindak mendahulukan kepentingan parti. Meskipun kenyataan beliau sebelum ini menyebabkan ramai yang tersinggung tetapi beliau sanggup hilang populariti diri demi kekuatan parti. Alhamdulillah segala keikhlasan selama ini dapat dilihat oleh semua.

BIMBANG..Takut apa yang diaspirasikan oleh beliau tidak dapat diterjemahkan oleh ahli-ahli umno..terutamanya pembahruan dan mesej meremajakan umno bagi meraih sokongan orang-orang muda..Pastikan orang-orang yang disekeliling tidak menjadi 'kaduk naik junjung'..Setiap tindakan terutamanya Para pegawai & AJK UMNO Bahagian Pagoh, serta semua sayap UMNO bahagian Pagoh akan diperhatikan & menjadi kayu pengukur kejayaan aspirasi YB Tan Sri seperti yang dikatakan.

Justeru keutamaan sekarang ini ialah berkhidmat dengan ikhlas dan mesra terutamanya layanan kepada orang-orang muda bagi meraih kepercayaan dan sokongan mereka kepada UMNO. PASTIKAN!!! jangan ada 'KADUK NAIK JUNJUNG'.



SYABASSS....

YB TAN SRI MUHYIDDIN BIN MOHD YASSIN

TIMBALAN PRESIDEN UMNO

1 comment:

HILMI88 said...

Tahniah!! kpd Tan Sri Muhyiddin Yassin yg menang jawatan Timbalan Presiden UMNO dlm pemilihan UMNO Perhimpunan Agong UMNO 2008.Jawatan Timbalan Presiden ditentang 2 calon yg sengit iaitu Tan Sri Muhamad Muhamad Taib dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam.Namun begitu.Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak dpt bertanding jawatan Timbalan Presiden kerana didapati terlibat dalam politik wang.Maka Tan Sri Muhyiddin Yassin ditentang oleh Tan Sri Muhamad Muhamad Taib.maka keputusan jawatan Timbalan Presiden UMNO berpihak kpd Tan Sri Muhyiddin Yassin dgn mendpt undi yg banyak.Dlm tradisi UMNO,jawatan Timbalan Presiden UMNO akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri