Saturday, August 29, 2009

ISU KUIL: KERAJAAN NEGERI SELANGOR TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

Tindakan kerajaan negeri Selangor yang lambat dalam menyelesaikan isu penduduk di seksyen 23 berkaitan dengan isu pembinaan kuil di kawasan tersebut adalah punca kepada kemelut yang berlaku sekarang. Sikap tidak sensitif dan terlalu menjaga 'sahabat' politik akhirnya sanggup menggorbankan kepentingan rakyat bahkan agama Islam sebagai agama rasmi yang tercatat dalam perlembagaan. Apa yang lebih teruk dan menjijikan ialah tuduhan bahawa umno menjadi dalang kepada permasalahan yang berlaku. Sebagai contoh ialah kenyataan sdr mahfuz disiarkan dalam harakahdaily 29 Ogos "Adakah para pemimpin Umno Selangor tidak terlibat dengan perarakan ajaran sesat yang memberikan gambaran buruk terhadap Islam itu?" Pengarang Abdul Aziz Mustafa pula menulis dengan membuat andaian dan tuduhan ".. Dari sepanduk-sepanduk bantahan mereka, adalah jelas mereka adalah penyokong Umno kerana melaungkan slogan yang sama dengan slogan yang dilaungkan oleh para pemimpin Umno." Inilah sikap kerajaan pembangkang yang tidak bertanggungjawab yang suka meletakkan beban dan kesalahan atas bahu orang lain. Masalah dan isu yang berlaku tidak diselesaikan, tetapi asyik dengan tuduhan, andaian dan sentiasa menimbulkan buruk sangka rakyat kepada pihak lain terutama umno. Ingatlah bahawa penduduk seksyen 23 bukanlah orang-orang bodoh yang tidak mempunyai akal yang perlu untuk diajar tentang mempertahankan hak diri serta agama mereka. Tindakan mereka adalah lahir dari perasaan yang suci untuk mempertahankan hak serta agama(Islam) mereka dan bukan kerana provokasi, hasutan atau pengaruh pihak lain terutama umno seperti yang dikaitkan. Malah kemungkinan besar ramai dikalangan mereka adalah penyokong kepada kerajaan negeri yang ada sekarang ini terutamanya PAS yang umum mengetahui amat sensitif dengan isu yang dikaitkan dengan Islam dan ekstrem sebagaimana yang berlaku di Perak tidak berapa lama dahulu. Berfikirlah secara logik sebagai seorang muslim, adakah kita perlu kepada hasutan dan dipengaruhi 'orang lain' dalam tindakan kita? apabila hak dan maruah agama kita mula digugat dan tidak dihormati seperti yang sepatutnya? Apa yang perlu ditegaskan disini ialah kenyataan, fitnah serta tuduhan bahawa kemelut yang berlaku disebabkan oleh pihak-pihak tertentu terutamanya umno adalah tidak berasas sama sekali. Kesalahan ini perlu dipikul sepenuhnya oleh Dato Khalid Ibrahim dan pakatan rakyat disebabkan oleh dasar-dasar tidak bijaksana yang diamalkan oleh mereka. Nasihat untuk semua ialah jangan kita korbankan keamanan serta keharmonian yang kita kecapi selama ini..jadikanlah peristiwa 13 Mei 1969 sebagai pengajaran bahawa hormat menghormati, bertimbang rasa serta kontrak sosial perlu dipertahankan dan tiada kompromi serta sekali-kali jangan dipolitikkan.

No comments: