Sunday, May 2, 2010

PERASMIAN SERENTAK MESYUARAT CAWANGAN, WANITA, PEMUDA & PUTERI..

Pada 2 Mei 2010 perasmian serentak mesyuarat cawangan serta sayap telah diadakan di Dewan Kompleks Pekembar. Majlis dirasmikan oleh YB Tn.Hj Tahir bin Taat, Adun Bkt. Serampang merangkap sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh. Dalam kesempatan tersebut juga, pihak bahagian telah mengaturkan beberapa sesi program taklimat dan penerangan sebelum majlis perasmian serentak diadakan. Taklimat yang pertama disampaikan oleh Sdr. Azwan b. A.Aziz dari UMNO pusat berkenaan dengan pindaan perlembagaan yang baru serta pelaksanaannya. Manakala sesi yang kedua ceramah ringkas disampaikan oleh Dato Fuad b. Dato Hj. Hassan, Ketua Pengarah Jasa Pusat. Banyak input serta maklumat yang diperolehi daripada sesi-sesi yang diadakan. Perasmian majlis berjalan dengan lancar namun kurang serinya kerana YAB Tan Sri tidak dapat bersama..Apapun marilah kita sama-sama mendoakan agar YAB Tan Sri segera sembuh. Amin

SEMOGA CEPAT SEMBUH

Pemuda terkejut apabila diberitahu bahawa Tan Sri 'ditahan' dihospital..namun apabila diberitahu bahawa beliau hanya mengalami dihidrasi dan perlu berehat untuk beberapa hari ia suatu berita yang amat melegakan..Kami dipihak pemuda pagoh mendoakan agar Tan Sri cepat sembuh untuk meneruskan kerja serta perjuangan dalam membela agama, bangsa dan negara...
..YA ALLAH..ENGKAU PELIHARALAH PEMIMPIN KAMI, BERIKANLAH RAHMAT KESIHATAN KE ATAS MEREKA, AGAR MEREKA DAPAT MENERUSKAN USAHA PERJUANGAN UNTUK MEMBELA ISLAM, BANGSA DAN NEGARA. AMIN.