Monday, March 21, 2011

LIBYA MANGSA PENJAJAHAN BARAT

Apakah rasional yang digunakan oleh amerika dan sekutu-sekutunya dengan menghujani bumi Libya dengan beratus-ratus tomahawk. Teori apakah pula yang digunakan dan alasan mereka. Bagaimakah sekiranya keadaan ini berlaku di negara kita Malaysia. Apakah reaksi rakyat Malaysia yang sekian lama telah dibelai dengan kesenangan dan kemudahan. Berapa ramaikah yang akan tampil untuk terus berjihad mempertahankan negara dan siapakah agaknya manusia yang akan berebut-rebut untuk melarikan diri ke luar negara...eemmm..sudah tentulah golongan rakyat yang punyai pasport antarabangsa. Siapa? Cuba dapatkan statistik... Bersediakah kita untuk menghadapi keadaan seperti di LIBYA? Rasanya PAS dan PKR antara golongan yang paling gembira dengan pengeboman tersebut kerana mereka adalah penyokong kepada perusuh-perusuh yang pengecut dan telah diperkudakan oleh CIA sebagaimana yang ditunjukkan mereka ketika menyertai demonstrasi tidak berapa lama dahulu. Apakah kita rela negara kita dibom dan diceroboh oleh negara asing semata-mata kerana kita gagal untuk memerintah negara sendiri? Jika kita membenarkan campurtangan asing dalam negara kita demi survival politik individu maka itulah tanda jiwa PENGKHIANAT bangsa,agama dan negara.

KAMI BERJANJI AKAN MEMPERTAHANKAN NEGARA TERCINTA INI SEHINGGA KETITISAN DARAH YANG TERAKHIR

No comments: