Monday, March 21, 2011

INJIL BAHASA MELAYU....MENGAPA?

Mengapa setelah sekian lama negara kita merdeka baru timbul isu tentang mewujudkan injil dalam bahasa melayu. Mengapa terdapat orang2 melayu Islam sendiri yang dilihat seperti menyokong kepada usaha untuk 'menghalalkan' injil versi melayu ini dengan pelbagai cara terutama individu2 yang berautoriti. Adakah mereka ini terlalu takut demi menjaga survival politik mereka atau fahaman sesat pluralisme yang telah bersarang dalam minda yang telah menjadi sebahagian daripada cara hidup mereka. Namun dalam soal ini PEMUDA UMNO PAGOH MENEGASKAN DAN TETAP BERPENDIRIAN BAHAWA "ALLAH" ADALAH HAK EKSKLUSIF ISLAM KERANA TIDAK ADA LAGI AGAMA SAMAWI PADA KETIKA DAN SAAT INI YANG BERAKIDAH SEJAJAR DENGAN AKIDAH ISLAM SEBAGAIMANA KEBENARAN AGAMA SAMAWI DAN HANIF SEBELUM KEDATANGAN ISLAM YANG DI BAWA OLEH NABI MUHAMMAD SAW. Walaubagaimanapun Pemuda Umno Pagoh tetap menghormati hak kebebasan beragama di negara ini sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. Malah Islam sendiri tidak membenarkan umatnya untuk menghina agama-agama lain. Namun dalam konteks Malaysia sepatutnya injil bahasa melayu ini tidak perlu wujud kerana orang melayu hampir seluruhnya beragama Islam manakala kaum-kaum bumiputera yang beragama kristian kebanyakkannya punyai bahasa kaum sendiri dan lebih wajar injil itu dibuat dalam bahasa mereka. Mengapa mesti Bahasa Melayu? Jawapan yang sangat jelas, menunjukkan bahawa golongan sesat di kalangan orang Islam berfahaman pluralismelah yang menjadi dalang menyokong usaha 'MEMBENARKAN' injil bahasa melayu ini untuk diedarkan. Dalam isu yang berbangkit ini sepatutnya pihak yang berkenaan perlu menghormati 'ISLAM' itu sendiri sebagai agama yang syumul dan terpelihara sehingga kiamat serta tidak boleh memaksa 'ISLAM' untuk mengiktiraf mereka sebagai 'BENAR'. Kenyataan ini perlu mereka terima kerana pengiktirafan hanyalah diberikan oleh Allah kepada Islam sahaja. Malah jawapan yang paling tepat bagi umat Islam untuk berurusan dengan agama-agama lain ialah yang terdapat dalam SURAH AL-KAFIRUN...yang bermaksud:
" KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD)..HAI ORANG-ORANG KAFIR! 2."AKU TIDAK AKAN MENYEMBAH APA YANG KAMU SEMBAH." 3. "DAN KAMU TIDAK MAHU MENYEMBAH (ALLAH) YANG AKU SEMBAH. 4. "DAN AKU TIDAK AKAN BERIBADAT SECARA KAMU BERIBADAT. 5. "DAN KAMU PULA TIDAK MAHU BERIBADAT SECARA AKU BERIBADAT. 6. "BAGI KAMU AGAMA KAMU, DAN BAGIKU AGAMAKU"

No comments: